Satu penantian tu…blog2 ni penat …macam pindah rumah…nak kena tau pasal rumah yg nak diduduki…pastu area mana…bleh kena banjir tak…kemudahan yg disediakan…rumah buat sendiri ka?..taklah …tak mampu lagi nak ber dot.com seniri…kewangan juga masa…jadi beli rumah(blog) yg tersedia je la…nanti dah siap hias rumah baru tu…aku kasik tau korang…sebab pindah…eh bukan pindah .. maybe tambah rumah…sebab rumah ni dah penuh harta merdak dulu2…nak kemas sket2 je la…mana yg dah nak kena buang…mana yg nak kena simpan…

jadi kepada yg susah nak membaca blog aku nanti.. sebab ada opis block friendster…so blog ni pn terkena penangan…pastu ada yg kata link slalu ada problem…ya btul…ada masalah2 ni…even untuk rumah macam aku pn tak lari dari masalah ni…pastu kemudahan yg ada tak dapat di “utilize” kan sebaik mungkin…jadi tunggu…. dah masuk pn “rumah” tu …masih tgh kemas2 … 2009 bakal merubah kehidupan.

Bangang punya blog…pedajal aku…maaf2 … sambungan posting di bawah ya—dipotong posting aku pe hal…

…ada ukuran…klau ikut mazhab syafie…1 marhalah 44.352 km…dalam satu perjalanan garis lurus dari poin A ke B…jgn dok sengal buat teori p keja dan balik tu kira skali…ni ronda2 penang island ka…dah kira 2 marhalah…pastu nak jama’ …ilmu jama’ solat plak kena ada…at least tau mana yg bleh qasar … mana yg tak…ni solat maghrib pn nak qasar ka…haiyyoo manyiak cilakak ini olang…memain banyak…tu link kat atas tu…bukak dan belajar camna kiraan.(kata kat diri sniri gak) … Lagi2… haa pasai nak cekau duit dah aku bising, pasai ilmu ada sket sentuh… pasal apa lagi ekk … kesihatan … ada majlis ilmu yg aku ikut dulu (lama dah) ada menerangkang….apabila seseorang pemuda yg sihat tubuh badannya dan tidak berkemampuan utk kahwin dan berkeinginan utk berkahwin…maka puasalah si polan itu…sesungguhnya berpuasa mengurangkan nafsu seseorang pemuda. (lebih kurang camtula isi kuliah tu)… jadi sahabat2 sekalian yg dok berayaq ja dahi tu bila tgk pompuan kulit licin ni…sabaq noo…jgn tergesa2… kawen ni bukan perkara tukaq baju atau cari kerja…2 jiwa dalam satu institusi ni nanti… jgn fasa pertama dipenuhi bunga-bunga cinta dan bibit2 madah asmara pujangga ja… I lap U, U lap me…eh…jgn lari topik…ok kesihatan..buat yg sihat walafiat tu…p kaji badan sniri…mana yg tak brapa nak elok tu…perelok sket… yg laki tu, dok berserongoih ja muka, rambut pun serabai ja…sikat lawa2 jaga sket diri…InsyaAllah kesihatan disusuli dgn rupa paras yg menarik…Allah suka akan kecantikan…Annazofatu minal Iman (kebersihan separuh dari Iman)… tidak beriman seorang pemuda yg tidak menjaga kebersihan dirinya… nak kawen..p check HIV ada ka tak…yg rasa2 ada tu…bawak bertaubat klau akibat ketelanjuran…klau salah doktor cucuk …bgtau pihak pengantin satu lagi… tgk camna…klau ini takdirnya…ada yg Allah aturkan tu…kepada yg gatai p cari dulu dan dah bertaubat…maafla aku tak dapek nak bantu…bak kata Pakcik Mustapa ritu…it’s too late bebeh…pandai sungguh Pakcik Stapa speaking. Apalagi…dah panjang ni yeop, udah2 le tu…ok2 takat ni karangan budak kurang diajarin ni…lenkali masuk topik pasal knuri kawen plak…haaa ni menarik … ada benda yg nak dihebah-heboh supaya kita cairkan sket kepala hotak yg asyik tepu dok fikir menda alah lain ni….

Tajuk yg agak memeningkan kepala…kenapa…apa cer?…macam ni lah … straight to the point… kepada yg masih tertanya2…bengong kan…sebab satu hal yg jelas, perkara tajuk di atas berkaitan pasal perkahwinan…knapa aku timbulkan isu ni di blog aku yg tak seberapa ni…ada yg tanya…cite Bali aku dah habis belum…jawapannya cik Yah oiiii …dah habis…nanti aku post gambo kesimpulan yg tersimpul tu…apa yg aku buat skrg?…ooo aku skrg tgk kawan2 tuai hasil dari benih perkahwinan…sape?…uishh ramai..dari kawan kampung, skolah rendah,menengah,universiti, kawan keja lama, kawan2 baru dan kawan2 serata pelusuk dunia…smua pakat2 jadi mama dan papa budak…tak kurang yg baru2 je dapat lesen “bertemu lubang kencing”…maaf kasar sket…tak sangka ada ayat tu dari orang veteran yg tegur aku…aku dah tua sangat ka???? sebab persoalannya skrg…macam aku jual mahal…bukan aku jual mahal…aku nak beli, smua orang jual mahal…so…aku ni poket kurang dalam…oklah banyak cengkadak intro aku ni…

Persoalan besar…nak kahwin… korang (termasuk aku le tu) dah ready ka?…yg pompuan tu dah sedia nak terima lelaki sebagai ketua keluarga…dan ikut “arahan” lelaki tu yg dikenali sebagai lelaki…ingat Syurga seorang isteri ada kat lelaki (nak sebut “kaki”, cam kuang ajo…so aku simplify camtu jela).

Persediaan perkahwinan ni merangkumi dari aspek ilmu, harta dan kemampuan (mampu apa ni Bang Mae oiii?…macam2 la kena mampu) … apa yg yg sedara sedari pikirkan bila nak kawen…so kita mula cerita bila nak kawen…kepada yg tak berduit…ada sampai sanggup berpinjam berhutang demi nak kawen… apa pendapat bang mae ni?… iskh taktau la cheq…aku kalau boleh tanak hutang, sebab utama…yala…beli keta hutang,beli rumah hutang, yg tak settle sampai sekarang, ngaji dulu pn hutang…bak kata org tua2…ni keja gali lubang tutup lubang, sampai bila pn lubang tak tertimbus, last2 diri seniri terkambus dek lubang yg digali….takutkan…buat yg rasa macam aku nak lari topik…ni masalah reta=harta…nak kawen bukan main calit hinguih…kena pakai duit cheq… terfikirkah kita lepas kawen nak pakai duit lagi banyak…org kata dah kawen nanti…dapat anak rezeki mencurah…smoga kebenaran la pendapat ni…berbalik kepada nak kawen…ada bagi pendapat cek mek molek Kedah…hantaran sure tinggi…Kelantan sure rendah, ni sapa punya perkiraan ni, mahal murah ikut kawasan ka?dah kira rega hantaran plak,tu tak masuk mas kawen dan reta merdak nak sunting lagi tu…klau yg dah kenai lama, pernah tgk tak dulu brapa korang dah invest kat wanita pojaan korang tu (buat lelaki2 yg kekadang nak bawak kluar awek sampai pinjam duit kat memba pastu lupa nak bayar dan buat reta sendiri…insaflah) . Klau masuk belanja tu, aku rasa dah lepas hantaran dan mas kawen apa…contoh cam aku ni…belanja awek kunun dulu…klau orang suruh bercinta lagi skali …uisshh tobat dah takmau klau tak tentu masa depan…kepada adik2 yg dok ngaji kat U tu… mengaji bagi habis dan clear dulu…jgn bercinta tak tentu pasal, laki ka pompuan sama saja…boleh harap ka pasangan korang tu nak bawak ke ranjang (eh silap) …silap silap…jinjang pelamin..kepada yg kawen trus ….atau bercinta pendek2…syabas la…at least korang tak korban banyak benda… yg bertunang 2 3 minggu pastu kawen dan yg kawen trus ka…lagi syabas…niat Lillah hita’ala, Insya Allah dipermudahkan…dari kami yg bergelumang dosa bertahun2 ni… ngaku ni, apa taknya…bermadu kasih …ibarat berkasih biar satu membelah seribu ombak beribu batu…dinyah ombak menepis badai…smua kira hebat la… u n i for eva…awat? ingat Titanic punya cerita ka…you jump i jump mana ada, jadi u jump, i cari lain la… duit yg ada korang simpan…dah habis ngaji korang bayar hutang guna duit tu…takpn tolong orang tua kat kampung yg dok jenuh dok doa smoga korang lepas dgn “flying colours” cam omputeh cakap…ni korang ada duit, joli sakan …belanja awek masuk secret recipe…makan kek satu slice Rm7 dan kopi secawan beringgit2…haiyyoo..baik simpan buat beli hadiah birthday mak ayah lagi bagus,… Iskh, awat marah sangat ni Bang Mae?… bukan marah…nasihat… duit tu klau mak ayah bagi…guna utk ngaji…klau nak merendek… p cari duit sniri jgn guna duit yg nak ngaji tu buat benda tak tentu hala, tak berkat. Cam aku ni…ngaji bertahun…berkat tu tak rasa…dah tua camni baru nak sedar (sesi bantai diri sendiri)…so faham kot noo….nak kawen…duit tu penting…mau pengantin pompuan letak Rm 32 mas kawen…cam best ja…skali hantaran Rm9,999 tak masuk reta merdak berdulang tu…haa cam na korang nak jawab, kuli pencacai cam aku ni, jenuh terjelepuk…nak korek mana duit banyak tu… silap2 lepas kawen …mau dok pederaih megi pagi petang siang malam…

Lagi apa perlu sedia???….sudah la cerita pasai duit dan kederat nak mencari duit, ilmu?…haa ni penting gak…jgn dok p baca pasai jimak ja…asal nak kawen tu la dok p cari ilmu, nak perbetul perkuat smua dok ada, perkuat yg dalam hati tu dulu…ikut rasa binasa,ikut hati mati, ikut nafsu lesu…jadi…ikat diri dgn iman, Insyallah…Al Iman assasun Najah= Iman Asas Kejayaan… (cam motto skolah aku dulu plak) …bercerita pasal ilmu, jgn dok kelam kabut dok cari kursus kawen yg murah2 ja…cari yg bagi ilmu yg adequate, bukan adik kuat tau … adequate tu mencukupi dan mencakupi segala aspek kehidupan bakal pengantin…ilmu yg terdiri dari peranan sesama pasangan, kehormatan yg perlu ada … dan ilmu kesihatan…kepada yg wanita tu…jgnla sampai kitaran haid korang pn korang tak tau, sebab ilmu ni kena kongsi dgn suami korang, kena ambik berat hal2 kecik korang tu (jgn ambik ringan atau pandang remeh…) senang, bila nak bagi lampu merah ka hijau…ilmu fardhu ain dan kifayah pn kena la tau sket sebanyak…rukun nikah korang tu…lelaki plak …kena tau lagi banyak le kan..nak jadi imam dan saiyyidul/rais usrah (ketua keluarga) … nak solat 5 waktu…kena kejap dah tu, takleh main suka ja bila nak jaga… bila tak, assolatu imadduddin (solat tiang ad-din (ad-din ni bukan sekadar agama-kehidupan seharian la)) (aku ni pn kena perbetul diri start skrg nih) …

Apa lagi yg Bang Mae nak meratuih ni?… saja…bila difikirkan…berapa ramai dari kita (termasuk aku) ambik berat waktu solat dan betul2 haiyya a’la solah bila masuk waktu…no delay2…(iskh kena batang hidung aku la plak) ni ada yg buat mazhab sniri…p keja balik keja lebih 2 marhalah

Tag dari Puan Riena ni kenala saya jawab…menghormati kawan2

You have to list 7 weird things about yourself, post it in your blog, tag at least 7 people (list their names), and comment on their blog to let them know that you just tagged them.(yg ini ntah aku nak buat ke idak pn aku tak pasti…I try…tapi tak sampai 7 ok kot)

1) Peliknya aku yg pertama…ntah pelik ke idak…tapi aku rasa pelik…sebab aku suka nari-nari bila aku bergerak…klau korang perasan tgkla aku …tapi takdaknya aku menari kat pentas klau disuruh…

2) Peliknya kedua…aku suka makan nasik dgn buah tembikai…bukan buat masak apa pn…just tembikai plus nasik dan toyu (kicap) bleh jalan beb

3) Pelik ketiga … klau aku karang mende alah apa pn…blog atau surat…aku suka letak titik ni sampai 3…sampai skrg aku masih musykil akan tabiat aku ni, kekadang buruk bila aku kena karang memo atau taip surat rasmi titik tiga camni (…)

4)Pelik keempat… aku suka ambik gambo…tapi malas nak upload kat memana, nak pindah ke pc dari kamera pn aku malas

5)Pelik kelima dah… aku suka buat benda susah walhal ada jalan senang…suka sangat jalan jauh…kekadang secara tak sengaja aku terbuat…tabiat pelik

6)Pelik lagi…dah enam dah…aku tak suka orang tau apa yg aku fikir dan aku malas nak layan bila ada orang cuba nak tolong aku…sedangkan aku memang memerlukan pertolongan…ikut mood la kekadang aku terima kekadang tak… pemikiran terlalu subjektif pada perkara yg ber objektif

7)Haaa ni memang pelik…kenapa pelik?…Pelik la , sebab aku tanpa segan silunya menjawab soalan yg memberitahu umum bahawa aku ni pelik dalam sesuatu perkara dan aku mengaku aku pelik…sebenarnya memang pelik aku ni … sebab kebanyakkan perkara pelik ni…saja aku buat sebab nak menjawab soalan ni…pelikkan aku?

Okla…kawan sekalian…lekas2 jawab akan kepelikkan anda smua

1) Ermalina geng Fafau dan FBI

2) Miss Ayu MMU

3) Dyeanna Sakura

malas la plak nak tag org len… sooo kepada yg tgk ikut suka la nak jawab ka tak

Jan
13
Filed Under (Activity, Travel, cite2 je) by rafique8 on 13-01-2009 and tagged , , , , ,

Lama plak tertinggal..so sambungan pada episod yg lepas…macam drama samarinda plak….sambung…dan nak habiskan… Ok…malam sblm ni diorg(termasuk aku..) berendam dan melayan cite shooter tu sampai trtdo…tapi diorg banyak minum…bintang beer kot…local punya beer…aku? no way …no liquor for me …

Local Beer as their refreshment at night time

Local Beer as their refreshment at night time

Bintang beer local liquor for the guys

So…lepas ja kitaorg breakfast…harini kami akan dibawa ke tempat bagi makan ikan di tengah laut dan melawat abang2 ninja turtle (tgk penyu daa) dan skali lagi bermain air…walaupn di Penang banyak permainan ala2 ni…dan camtula.. Klau tak silap aku…tempat ni nama Benoa…

Coba bermesra dgn Penyu di Bali

Coba bermesra dgn Penyu di Bali

Dan gambo2 len yg bermain air di Benoa ni…amatlah hampa…terjadinya kes ni bila aku serahkan my precious DSLR kepada Tourist Guide yg mengkonfemkan dia tau guna … aku dah setting ‘Auto’ tu…(inilah kali pertama my DSLR merasa auto…tu pn kecewa) dan yg kecewanya…bila Uncle ni tersentuh Focusing kat lens tu…dari AF ke MF…dahtu aku memula tgk gak 1st hasil…okla untuk yg baru pegang DSLR…but then …aku dah tak check gambo seterusnya…hasil di hujung hari bermain air tu…inilah hasilnya…

Hasil pertama...out of focus...focus nun di belakang

Hasil pertama...out of focus...focus nun di belakang

2nd attempt blur yg masih recognize muka2 tertentu

2nd attempt blur yg masih recognize muka2 tertentu

3rd picts yg aku nak letak ni...unrecognizeable...hanco manco... so ada lagi 32 picts macam ni jadinya...

3rd picts yg aku nak letak ni...unrecognizeable...hanco manco... so ada lagi 32 picts macam ni jadinya...

Penat bermain kami berenti relaks dan kemdian tukar baju dan gerak ke tempat makan di Denpasar…kedai makan yg menyajikan makanan ni aku tak familiar nama…tapi ada Muslim cuisine ala Indonesia…no balinese food kat since banyak babi guling…dan ada halal chinese cuisine…klau ada logo halal tu… kita berserah je la kan…smoga yg jadi darah daging aku ni halal2 belaka… korang klau nak pegi sana surf la web tu…banyak makanan halal di Bali ni …klau Jawa,Indonesian, dan middle east punya cuisine banyak la Halal…ada halal logo, takpn dia tulis muslim food…macam aku di Denpasar,Kuta, Nusa Dua,Jimbaran ni…aku dah surf tgk…agak2 klau korang macam aku…takleh join collegues makan…cari yg berdekatan muslim food dan bagi cadangan…macam aku ada yg memahami senangla…tourist guide aku pn muslim…so aku letak harapan kat dia le…walaupn ada muslim di Indonesia mempunyai pegangan sembelihan agama ‘ahli kitab’ sah sbg halal…jaga2 je la…aku pn tak makan sangat ayam/daging…mostly seafood dishes yg bakar dan kukus dan sayur…(sekian tips)

Bersambung kepada ceritera aku balik…lepas mengisi perut kami terus nak ke Pasar Ubud yg semalam tak jadi…hadoi la…tak jadi lagi rini…plan ke Ubud Market kensel sebab nya….Macet lagi dong (traffic jam) …last2 skip agenda ke Ubud…kami ke kilang Kopi di Kuta…Kopinya di tuai di Gunung Merapi…alangkah bestnya klau ke sana tgk padi tingkat+padi huma+ladang kopi+ladang teh…(aku ni dok merungut sebab tak sampai sana plak, next time klau nak ke bali…korang sewa je motorsikal…sepp murah pn murah…minyak cara nak isi macam malaysia je…ada attendan cuma beratur panjang le utk moto…dan biasakan diri main hon2…supaya korang tak terbabas …lalu lalang bz bangat, jalan sempit dan bas2 yg pandai menyelit…jgn sewa teksi…mahal.. sewa bas lagi murah…sekian)

Pekerja kedai kopi sedang mengasingkan kualiti biji kopi

Pekerja kedai kopi sedang mengasingkan kualiti biji kopi

Aku dan 2 beg bijik kopi...yg itam yg bapak mahal, yg coklat yg kurang mahal

Aku dan 2 beg bijik kopi...yg itam yg bapak mahal, yg coklat yg kurang mahal

Selesai ja melawat,minum dan berbelanja membeli kopi…kami pn bertolak ke Tanah Lot, di mana terdapat banyak Pura (temple) di tepi laut…

Bali punya bendag sewaktu on the way ke tanah lot(on the bus)

Bali punya bendag sewaktu on the way ke tanah lot(on the bus)

Pemandangan dari atas bukit di Tanah Lot...laut dan Pura

Pemandangan dari atas bukit di Tanah Lot...laut dan Pura

Tangkap gambo ni dgn Kamera Phone aku...takut DSLR kena air...

Tangkap gambo ni dgn Kamera Phone aku...takut DSLR kena air...

Menarik tul ombak menghempas ke pantai ni…sepintas lalu ja dgn kamera phone…sblm membeli belah di Tanah Lot…mostly keychain je…aku bukan reti membeli belah pn…sblm balik…terserempak dgn bebudak Bali ni dgn traditional garment of Hindu’s…

The guys with traditional suit

The guys with traditional suit

Lepas beli belah kita orang calo balik tempat penginapan…sebabkan last posting nanti pendek je…so…aku postpone laporan last posting termasuk dgn hari yg kitaorang balik Malaysia…sekian dan tunggu last posting…adios amigas

Jan
01
Filed Under (Activity, Travel, cite2 je) by rafique8 on 01-01-2009 and tagged , , ,

arghhh  laporan kedua sebenarnya dah terpadam tadi…suddenly laptop terpadam.. camnila aku ringkaskan laporan kedua aku nih…sebab aku letak southern dalam bracket adalah kerana area tu ja kami pi…northern di area lovina beach dan gunung merapi kami tak sampai…so tadak cite benda2 tula…memula kita tgk villa yg kami menginap ….lawa tu…ada kolam renang sniri lagi.

Athena Garden...

Athena Garden...

Hari kedua kitaorang pegi river rafting …ye la ada dah kat Malaysia , nape la nak p main ka Bali…tapi enjoy je la…bukan slalu…sronok gak…kat Malaysia tak banyak ‘kaki’ nak ajak….

Are you ready guys....

Are you ready guys....

so…okla…nothing new…just lenguh tangan ja…sebab kena dgn team yg malas dayung…so lepas rafting kitaorang melawat Holy Water Temple….(aku malas nak cite byk sebab banyak cite sgt)

Hindu's Holy Bath

Hindu

Custom that we need to follow

Custom that we need to follow

nak masuk ke temple tu kena cover certain parts of the body dan kena ikat kain hape ntah kat pinggang…lepas tu sblm balik kitaorang shopping la barang2 kat area temple tu…next agenda,…Jimbaran Beach for Seafood BBQ dining… seperti biasa macet lagi sepanjang jalan…so sampai lambat…dahla terlepas sunset lawa di Jimbaran….dinner seafood  BBQ still on…

BBQ seafood at Jimbaran

BBQ seafood at Jimbaran

~habis cite hari kedua…balik villa…kami berenang2 dan berjaga layan cite shooter | Mark Wahlberg |…pastu titon

Dec
31
Filed Under (Activity, Travel, cite2 je) by rafique8 on 31-12-2008 and tagged , , , ,

Al kisah ke Bali…. Mulanya dgn rancangan disusuli dgn tindakan…mengumpul duit dan mengumpul ahli …selesai… plan jalan…sebenarnya tak best  sgt bagi aku ke Bali…maybe sebab bukan minat aku pasal  ’temples’ atau SPA’s…tapi still enjoy the fascinate Bali experienced. Klau next time  ke Bali…aku nak ke bahagian utara yg less hassle dan ada gunung2 berapi dan bleh tgk ladang2 kopi dan teh serta sawah bertingkat yg lebih obvious….di kawasan selatan yg aku kunjungi ni lebih kepada pekan2 dan bandar2…

Kuta City from the aeroplane

Kuta City from the aeroplane

sampai ja mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai…kami pn cepat bergerak ke area kluar sebab touchdown kapalterbang agak lewat sbb cuaca kurang elok on the way tadi…

Pemandangan dari tingkap kapal terbang

Pemandangan dari tingkap kapal terbang

dalam berlari nak clearkan visa on arrival dan segalanya…ada yg sempat ke kamar kecil… melabur saham dulu…

yuk...ke sini dulu dong

yuk...ke sini dulu dong

dah selesai smua perkara…kami pn di sambut oleh tour guide kami Kasudin Tan…dan disediakan kami cewek2 bunga bali….

Bunga2 Bali - Bukan Bunga Citra Lestari

Bunga2 Bali - Bukan Bunga Citra Lestari

Satu group photo on arrival

As we touchdown we gather n huddle to receive kalungan bunga

As we touchdown we gather n huddle to receive kalungan bunga

After that … kami naik bas dan terus begerak ke Pekan Kuta …dari Denpasar utk kena SPA…sblm singgah ke Centro (pusat beli belah di Kuta)…kena SPA aku terasa segan gile… bila masuk je kat SPA tu… ada la tukang urut kaki…  best … dah lama tak kena urut kaki…bab urut belakang badan ni aku dah start maleh… tambah2 bila ayatnya… pak bisa tukar ya pakaian … ini cerutnya dan ini sarongnya….haiyyoo …rasa macam kat Siam la plak..opppss terkluar plak… kemain lagi tukang urut tu tonyoh belakang aku,…abis berminyak rasa…yg best kat ctu adalah treatment Ear Massage…buang segala kotoran dalam telinga. lepas2 habis treatment pekena plak teh halia…aku try la korek2 telinga (sungguh  tak senonoh)  tadak kotoran degil rupanya…pastu kitaorang gerak plak jalan ke Kuta Town…ke centro…no komen…macam supermarket kat Malaysia ja…tapi waktu kitaorang sampai ada live performance depan tu…

Live show in front of Centro, Kuta

Live show in front of Centro, Kuta

Sun begin to set at Kuta Beach

Sun begin to set at Kuta Beach

Me @ Kuta Beach

Me @ Kuta Beach

Kagilaan hot Sales di Centro

Centro Hot Sales

Centro Hot Sales

lepas habis melilau… kitaorang dinner kat kunyit bali restoran(malas letak gambo…kami ambik sajian Indonesia dan bukan Balinese cuisine yg ada babi golek)… pastu kami balik ke penginapan Athena Garden

Tempat Penginapan kami sepanjang berada di Bali

Tempat Penginapan kami sepanjang berada di Bali

~:.: Berenti kejap….sambung di tahun 2009 :.:~

Dec
25

Saja nak masukkan pre report ke Bali…dgr kata tempat yg akan aku lawati ialah Depansar,Kuta,Jimbaran, Ubud dan lain2 …. sok aku akan berangkat pukul 7.15am dari Penang ke KL dan KL  plak 9.50am dan dijangka sampai pkl 12.50pm di Depansar…. so nantikan report Bali dalam Diari Rafique : Bali Badaboom …

Dec
23

Terasa cepat sungguh masa berlalu dan jemputan untuk kembali ke sisi Nya ternyata nyata dan hakikat yg tak dapat kita tolak…datangnya nyawa baru ke muka bumi disulami pemergian insan yg sudah lama berkelana di muka bumi milik Nya…harini tanggal 23 Disember 2008 bersamaan 25 Zulhijjah 1429Hijriah … termaktubnya tarikh pemergian nenek Rahmah yg berpangkat moyang kepada aku

Nek Rahmah dalam kenangan

Nek Rahmah dalam kenangan

Tak sangka rupanya aku bila raya yg lepas merupakan kali terakhir aku sempat menjenguknya di kediaman Tok Cik Chen aku (tok sedara aku).

Takziah dan semoga roh beliau dicucuri rahmat

Takziah dan semoga roh beliau dicucuri rahmat

Sebentar tadi…aku bergegas pulang …dari tempat kerja… ingatkan nak join jamuan Krismas kononnya….aku dikejutkan dgn panggilan pertama dari abah aku…”Nak pi tengok nek tak? dia jatuh…”…sentap jugak aku…”ok on the way balik Mail singgah…” perbualan dirumuskan dgn kesimpulan aku akan ke rumah tok cik Chen aku..utk melawat…tapi panggilan kedua terus membuatkan aku bergenang air mata…Nek Rahmah dah pulang ke Rahmatullah … smoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin Insya Allah … terngiang2 lagi kata2nya ” anak2 ada yg dah mati…nek tak sampai masa lagi… bila ntah nak kena panggil” ..tiap2 kali aku dgr kata2nya seumpama itu…aku sekadar senyum dan cakap… nek nak kena tgk anak cicit nek ni dulu… tak sangka aku selaku cicitnya tak sempat nak tunaikan hasrat tu… Nek Rahmah.. insan yg aku kagumi…pemberian Allah kepadanya sangat menakjubkan … kepanjangan umur yg mencecah seratus lebih diikuti ingatan yg masih kuat… tak mengalami nyanyuk semasa hidupnya cuma penglihatan, pendengaran dan fizikal yg makin lemah.

Aku terus balik ke rumah dan bersiap serta bertolak bersama keluarga aku ke kampung aman utk menziarahi mayat… selesai solat Isyak…kami bergegas … di sana smua pak dan mak sedara aku berdekatan dah hadir…tok dan nenek sedara jugak ada…tahlil ringkas dibuat diikuti bacaan ayat2 suci Al-Quran bersebelahan jenazah…jenazah yg terbujur kaku masih suam2 badannya kelihatan bersih air mukanya … terharu aku …namun aku tahan … tatkala jam 12 am …aku bergegas balik dan mengarang blog ni sebab aku tanak memori ni luput dari ingatan aku  dalam jangka masa terdekat… skrg aku akan tidur dan esok aku akan pergi bersama abah aku utk proses membawa jenazah ke tanah perkuburan dijangka pkl 8/+ akan dimandikan …. Al-Fatihah ….

Apa ekkk persoalannya?…ya …lawatan balas…pernah kita tgk kawan2 kita yg dah berkahwin terus menyepi?…agaknya mesti ramai yg sedar kan…maybe sebab komitmen dan kehidupan yg berbeza menyekat kebebasan mereka.

PERSOALAN : ADAKAH KAWAN2 AKAN MENGUNJUNGI KENURI KAWEN AKU KELAK SEPERTIMANA BERSUNGGUHNYA AKU MENGHADIRI KENURI2 DIORANG … gawat persoalan ni…aku ada tgk kawan aku ni…kesian pn ada…dia antara manusia yg paling komited ke kenuri kawan2…sampai dia kawen pn dia masih, ngak kabur aja…dulu waktu aku menghadiri kenuri nya…sedih gakle…kunjungan balas kawan2 macam kureng je…kad diedar sendiri by hand … tapi masih kurang kunjungan…baru2 ni aku ada ke knuri seorang lagi sahabat….dan dia yg aku maksudkan tadi juga hadir… ada perkataan terucap dari mulutnya yg agak menyengat telinga aku …”Iskh…nape ekk knuri aku dulu tak ramai cmni kengkawan…dahla dulu aku kemain baik dgn diorang dan aku bagi kad by hand pn diorang tak datang…diorg sanggup pegi kenuri org lain yg jauh…” ayaksss…. baru aku pn terpikir…aku yg rush ke hulu ke hilir hadir knuri kawan2 kawen ….(yg tak sampai tu … maaf…mungkin banyak sebab yg menghalang, klau korang kenal aku,mesti aku cuba sedaya mungkin ke kenuri korang..) yala…aku ke melaka nak makan knuri…agak2 korang bleh trn penang tak utk knuri aku…aku ke perlis hadiri knuri korang agaknya korang sanggup tak hadiri majlis aku…yg in between Melaka dan Perlis lagila…yg aku tak sampai knuri korang tu…maaf dipinta…klau korang nak ‘balas dendam’ tanak datang pn aku tadak hak…tapi orang yg aku hadiri knuri korang ‘beware’ jgn plak tak berusaha utk datang…usaha disertakan dgn InsyaAllah (dgn izin Allah) kena berusaha utk hadir…jgn skali2 melafaz InsyaAllah nak buat klau di hati konfem tanak buat sesuatu benda…walimatul urus supposed to be fulfill … klau dijemput….aku pernah p beberapa kenuri thru jemputan rambang…kat community atau jemputan sms …buat yg tak jemput aku directly tu dan aku hadir dgn susah payah…kenang2kanlah usaha kami ni…(cam desprate plak bunyi kan?…) muka pengantin pn bleh jadi kelat klau kawan diorg tak datang di hari berbahagia diorang…mungkin seorang dah cukup, tapi klau ramai lagi meriah… buat yg dok tanya bila aku nak kawen…nanti aku jemput jgn coba dolak dalih…yg paksa aku pegi knuri tu…aku pn nak paksa korang buat kunjung balas… fuhhh lega lepas luahan ni…

sblm wrap up….agak2 korang …knuri elok buat di mana?…dewan/ hotel/ rumah? jawab le pembaca sekalian …tolong aku buat perancangan masa depan …. tak kawen lagi aku masa2 terdekat ni …tapi klau nak berkongsi aku pn nak tau… sekian…banyak lagi persoalan sebenarnya