Dec
04
Filed Under (cite2 je) by rafique8 on 04-12-2005

Assalamualaikum kepada sesapa yg terbaca, minta maaf pada yang terasa…bukan menjolok mana2 sarang tebuan…tetapi sekadar berkongsi cerita…iskh…klau kes polis dan warga cina masih tak habis…tapi yg tu korang kena tahu yg prosdeur ketuk ketampi utk mengesan samada wujud brg2 haram yg akan keluar dari bhgn sulit…enough with that…yg salah si pengambil gambar…klau takde gambar takde kes kan?…dengan warga malaysia sendiri lain plak citenya…apa korang rasa klau polis tetiba tahan korang pastu main raba2…klau positive thinking,yup dia maybe just nak check…tapi kali ini terjadi kepada membe aku,ni kisah benar depan mata kepala aku sendiri agak2 3 kaki dari aku…pada masa tu kitaorg balik lambat sket keja…nak wat camne ada mesyuarat plak last2 minute…mulanya kami on the way balik, kebetulan aku nak hantar dia…lelaki membe aku ni..so jgn salah faham…sampai kat satu simpang…area mana?…takyahle aku nak heboh, tiba2 ada polis naik kuda putih suruh kami ke tepi, setahu aku mlm tu aku sket punya `skima’ bwk keta..yela mlm slalu cam pelesit gak aku bawak…tapi kali ni relax je sebab nak layan sembang…kami pun diarahkan keluar keta..mula aku tanya psl apa cik? Salah sorang dari 3 org polis tu cakap kami ada nak check sebab satu aduan…hamende lain aku tak brapa dengar…lepas je dia raba2 aku check…ok la..standard check…dtg je kat kawan aku ni…for ur info…kawan aku ni jenis lembut..bukan nyah tapi lembut yg maintain ‘lelaki’…korang faham2la.Time dia kena check, aku tgk polis sorang ni lain mcm ja..meraba2 ke bhg sulit dia pastu gelak2 dan kata "ooo ada gak benda ni rupanya"…aku trus je sound…"apa cik ingat dia pompuan ka? cik tgkla sket misai pun ada dah halkum pun ada"…kemdian polis sorang lagi srh aku diam…so aku wait n see la,pastu diorg ni ckp kami bleh saman korang dgn pelbagai kesalahan ni…so jgn wat pasal.Aku srh dia tunjuk surat kuasa dia sebab aku dgr loghat dia bukan utara…this Penang so…loghat selatan…mula2 diorg hesitate gak nak tunjuk,pastu kebetulan hp bunyik…Allah maha kaya,aku angkat, pak long aku Inspektor kat Kedah tepon…so aku bgtau situasi dan kawasan kat dia pastu dia kata bukak loudspeaker….lepas kena ceramah…dgn pak long aku…aku pun ‘menipu’ terpaksa… aku kata aku peguam tadi keja…dan aku nak bawak kes ni ke mahkamah.So diorg takut dan minta maaf…nasib aku…klau tak memang aku dah tak tahu nak watpe…dulu aku pernah dgr membe aku pernah kena cam yg aku kena dan polis2 mintak rasuah…so precaution aku ialah mintak tgk surat kuasa…sebab yela korang tak salah so stand for it dgn cara yg munasabah…jgn wat hero kang tak pepasal.Kepada polis2 yg baik..teruskan niat murni dan ikhlas…utk yg cuba2 belajar jadi jahat….rentikanlah…tak slamat dunia…percayalah Tuhan akan membalas.Wallahhu ‘alam