To Share the sour and sweet of my life and my frenzz around the corner
Benda ni berlaku di hari yg sama dengan weblog smlm…21 September…dugaan Allah yg besar menimpa aku…dgn kerja yg bertimbun aku nak kena wat repot …pada masa yg sama nak kena hadiri meeting di Penang Island setelah wat keja di Seberang Jaya…baik aku singkatkan…dlm pkl 3ptg aku bergegas ke Jambatan Pulau Pinang…nak jadi cite jem teruk…klau korang dengar ERA adala laporan kesesakan tu…punyala lama…dah keta aku pn penat sehari suntuk berjalan tak rest…dekat setengah jam queue pnyala panjang…aku tak nampak lagi tol jambatan…dekat2 lengkok nak turun tu,,,tetiba ja enjin meragam…cam nak mampus je enjin keta…dahle time tu aku tak pasang air cond…tetiba tempreture keta aku naik sampai merah…tak sempat nak matio enjin…meletup keta aku punya bonet depan…terpancut air keluar dari bonet depan…terkejut akum dahle tak tutp tingkap…mmg kuat bunyi meletup tu…berasap teruk keta aku…cepat2 aku bagi hazard light…nak masuk tepi dah dekat depan tol dah…apa lagi…pelan kayuh gak keta aku yg berasap teruk tu,panik gile…no telefon towing keta tak bawak skali plak…aku pn cuba call kawan 2 dan abah aku nak carik no…mmg jatuh ditimpa tangga maa…smua towing yg aku call outstation…bygkan sampai pkl empat aku tercangak depan tol…dahle di hon keta blkg…tak faham2 ke…hazard light…bonet berasap…tak bleh jalan le…telefon PLUS pn bengong…hotline dan no yg ada kat resit tu haram tak angkat plak…pening punya pening keberulan ada client aku yg dok pomen keta…so aku try call dia mintak dia bleh tolong ke tak…so dia ada keja plak…tapi dia bgla aku no 2 3 org yg dok tow keta ni…Alhamdulillah adala Sammy ni sudi…tarik keta aku…dia cas RM70 klau tarik ke Butterworth atau kat Pacific…tapi tetiba plak abang2 peronda PLUS ni mai suruh tarik keta lepas tol…tak pepasal dah burn RM5.70…skali lagi aku tepon si Sammy ni…kali ni dah lepas tol dia nak cas RM130 plak sebab nak kena wat U turn balik Butterworth….alamak tak pepasal ja…lantakla Labu…kebetulan duit petty cash Property Fair ritu dok ada lagi lima rat..tgu punya2 tgu aku pn bukale bonet tu…rupa2 nya…water pump pecah bai…tgk2 radiotor hose yg pecah…kering la…sebab tu mencanak naik tempreture,hampeh btul…silap2 mau lima rat gak pakai…tgu2 punya tgu…haram tak sampai2 pn…aku takut woksyop tutup ja …dalam pkl 5 baru malaun tu sampai…so aku ingat sempat nak hantar repot..tapi tak sempat maa…dah alang2 kat Jelutong aku srh ja si Morgan dreba tow truck tu le berenti kat woksyop berdekatan…lesap RM130…mau tak mau…rezeki dia la..tgk2 buat smua si pomen tu kata mau dekat 3 jam gak nak proses keta aku tu….alang2 nak rongkah menatang enjin tu…aku srh dia check belting,bearing,kipas…radiator dan ignition point…nasib la abah aku ajar menatang2 ni…harap kelas memandu takdenye ajar,aku klau setakat tukar minyak dan filter … wat seniri ja…belagak plak…takdela,skrg bukan korang taktau…klau bleh kita ni mmg kena ‘katok’ dek pomen klau taktau mende…aku ushar sampai dia pasang smua…dan aku mintak part2 yg rosak tu nak bwk balik…manatau saja nak test…dekat pkl 6.30 ptg aku cabut jap gi solat kat surau berdekatan…dah tu stay sampai maghrib aku gi balik woksyop tgk dia dah perbetul bealting…penat gakle…tgu dlm pkl 9 mlm baru smua dah setel dan outcome daripada tu..lenyaplah RM501 lagi…so perbelanjaan hidup yg paling tinggi utk sehari di mana lebih dari separuh gaji aku dah di burn…dahle…penat aku utk sehari…gaya nak berambus ja dari woksyop tu…hujan turun lebat plak…keta aku selepas di operate tadi kena maintain speed jgn exceed 80km/j…so drive la aku … balik umah ja dah soploh lebih…nak jadi cite bos aku srh wat repot plak present hari ni 22hb…siool btul…tekanan tensen, beratnya ujian ni…akan mendatang ujian yg mungkin lagi mencabar…baru setakat ni Allah uji aku dah tekanan….nak nak baca Yaa Sin kat surau dan doakan mak abah aku selamat pegi dan balik umrah tak berkesempatan secara jemaah..so aku kena ikhtiar sendiri la cara lain…balik ja smua dok tgu kepulangan aku..ye la…melengung tgu repair 3 jam…oklah…sekian sehari perjalan yg amat mahal bagi aku…mau makan roti ja la tiap2 hari…nasib baik posa dah dekat…eh silap…roti jgn makan lagi…kesahihan halal blum pasti la ckp presiden CAP ritu dlm berita…mencari yg halal itu difardhukan bagi umat Islam
Camne ni nak rileks pn susah…nak kena wat keja hape ntah…aku pn kureng arif sket mende ni…tak sempat nak release2 tensen baca buku…ni dahle keja travel merata pelusuk tempat…besala tolong orang wat marketing…nak jual benda2 tak nampak ni mmg hancusss…baru2 ni public mutual…mutual fund ni mmg kegemaran org yg faham je…investment…klau declare kenaikkan happy le…tapi klau trust fund camne plak?…dah pening aku…dulu ngaji tanak mentelka’ah betul2…aku tgk diorg ada syariah council yg guiden investment diorg…sebab ada cite dari dalam yg ASB tu masih di dalam ragu2 investment nya…kebanyakkan org yg arif dlm agama mula keluarkan duit mereka secara berperingkat…ada yg masuk tabung haji yg juga ada keraguan…ssh betul…nak invest skrg cubala korang try hartanah…kepada yg keja gomen belila umah, at least klau tak duduk pn bg sewa…sebab pinjaman umah kerajaan manyak masyuk maaa…4% beb…mana ada tawaran serendah tu…klau muda plak tu silap…3x ganda murah dari pinjam bank yg tak menentu interestnya…pengalaman aku beb…klau aku bleh keja kerajaan dan entitle utk gov loan…akan aku cuba apply se maksimum mungkin dgn syarat bulan2 aku bleh tanggung…nape aku bebel hal ni….sajala…dah tak mende…nak try expose korang ttg kebaikan property investment…umar kita kian tua…buat yg ada pencen nanti tak kisahle…KWSP pn sesak nak bwk kuar…sket punya byk prosedur apa…tgu la korang umur 50…utk akaun 1…akaun 2 plak…tanyala sendiri klau korang nak beli rumah
Kisah Kursus PAC( PTD Assesment Centre)( Pegawai Tadbir dan Diplomatik) Institut Tadbiran Awam Negara Bahagian Utara (INTURA)
Hari pertama 01/09/06 Jumaat *daftar pada pukul 10 pagi*SESI KEDUA 1-3 September 2006 Bertolak dari rumah..8.30 pagi ambik Norhisham Noordin kat Taman Penaga. Dari Penaga 9.10 pagi ke Sungai Petani Sampai Jalan Kuala Ketil 9.50…singgah minum sambil isi borang. 10.15 pagi daftar bilik dan kursus…dapat no 87 dan bilik no B20…Syam no 86 kami dok satu bilik Jumpa Syarifah Intan Farini(Fatan no 91).Bilik no C10. Masuk bilik ada 2katil,2termos,1 penghawa dingin,2meja study,2 almari.ada penyidai dan bilik mandi ada 2 baldi dan 2 gayung 2bantal,katil yg siap ada 2 pasang selimut serta satu sejadah. kemas2 barang sampai pukul 11 pagi. Keluar ke pekan Sungai Petani dalam 11.15 pagi..cari barang sampingan.Gula2 dan surat khabar di &-Eleven. 12.15 tghari masuk INTURA…makan Tengahari 12.30 di INTURA …mandi bersiap utk solat Jumaat Pukul 1 ptg berkumpul di Jabatan domestik utk solat Jumaat. Pukul 2.15 masuk INTURA semula-bersiap utk Taklimat Kemasukkan. Taklimat kemasukkan diberi oleh En Mohd Zuki,Pegawai penyelaras INTAN bahagian Utara. Taklimat diberi utk memaklumkan syarat2 penginapan di INTURA dan sedikit salah silah INTURA.
Code of attire-perempuan baju yg sesuai seperti baju kurung,bisnes cloth(kemeja lengan panjang cerah serta skirt labuh berwarna gelap) dan kasut bertumit warna gelap-Sukan kasut sport stokin putih sukan dan baju putih serta seluar track gelap -lelaki baju kemeja warna cerah dan plain lengan panjang yg dibutangkan penuh lengan serta tali leher dan berseluar slack gelap bertali pinggang stokin hitam dan kasut kulit hitam yg dikilat- sukan baju putih berkolar dan seluar track gelap serta stokin sukan putih dan kasut sukan
4.35 ptg dah tamat taklimat…minum Petang 4.30-5…solat Asar di Surau Al-Falah,INTURA. 5 petang kemas kan diri utk aktiviti pertama pada malam nanti. 6 petang - test fitness dgn berjogging sekeliling INTURA, ikut trek jogging ada lebih kurang 1.2 KM. - 4round aku saja wat…maklumla dah lama sgt tak jog…bila testing agak2 16 min utk 2 round - sepetang 4.8 KM-untuk esok fitness test 2.4Km lari. nak lawan peserta no 143 (wanita) fit gile beb
Selesai dalam pukul 6.40 ptg … relaks jap sampai pukul 7 mlm…bersiap utk gi solat…mandi dan bersiap sedia.
-7.30 mlm azan dan join solat jemaah di surau Al-Falah…selesai trus gi makan mlm,available makan mlm dari 7-8.30 mlm.
8.30 masuk bilik 8 di bangunan Akademik..atas Dewan Sri Bistari(Warna Merah)-utk aktiviti Pertama (Menyelesaikan masalah BM & BI)(1 kumpulan 12 orang) -utk masalah pertama kena bentukkan petak2 menggunakan 12 batang pensel. (BM) target person Kathleen no 143 memang petah berkata dan minah yg fit berlari. -utk masalah kedua,big grouping kena tempatkan nama2 org yg berkerja di agensi2 kerajaan…so klau tugas pegawai dinyatakan, hendaklah tahu di mana pegawai berkenaan bertugas.(BM) -untuk masalah ketiga, kena selesaikan satu soalan berkaitan memasangkan pasangan suami isteri dengan tugas2 mereka(BI) -utk masalah kedua kena yakinkan rakan2 utk mengambil kita jadi geng…kena buktikan kepentingan kita berdasarkan watak kita(BI)
Selesai ja dalam 10.30 mlm…tajuk ataupn skop utk Pengucapan Awam dan Public Speaking pn diberi…skop yg merangkumi 5 aspek tertentu. -maaf takdapat dinyatakan sebab rahsia…bukan semua sesi dapat skop yg sama(agaknya)
-Mlm dalam 11+ mulala mengetuk bilik2 jiran tanya sape yg ada surat khbar lama atau info2 yg bleh dikongsi atau tukar2..
-Dari cari info sampaila bersembang yg berisi…harap2 takde perakam suara…yela ngutuk pn ade…tambah2 membe2 yg hangin dgn group diorg aktvti tadi. -Utk pengetahuan korang…bwk baju byk2 pn tak kisah…jgn jadik cam aku…nak basuh baju pn bilik dobi tak buka..terpaksala aku sental dgn sabun mandi
Hari kedua 02/09/06 Sabtu Bangun Solat Subuh 5.55 pagi di surau Al-Falah,habis ja solat balik bilik pakai baju sukan utk warming up dan jog 1 round =1.2KM(saja wat) Tujuan aku jog tu sebab nak maintain fit utk petang nanti,smlm tido pn dah sakit2 badan sebab lama tak berlari.habis je jog aku sampai bilik dlm 6.30 pagi aku rileks jap sejukkan badan sebelum mandi sambil baca paper carik topik yg sesuai utk dipersembahkan bagi pengucapan awam dan public speaking nanti…confious aku nak cari tajuk….so kepada yg nak kena ikuti PAC ni…cari tajuk siap2 pn ok gak beb kemdian relate le dgn skop yg diberi nanti…dlm 7.15 pagi aku mandi lepastu aku seterika baju…klau korang bawak baju yg terlipat … jgn lupa bwk seterika tau,takde nye diberi yang lelaki tu adviseable clean shave la…goatee ke hamende janggut smua deduct point…aku ni mangsa gak beb…stokin korang pn kna hitam,sport putih. pukul 8 -sarapan pagi di PancaRasa kuih2 dan air kopi/teh…dahtu air masak pn ada jgn bimbang.
dalam 8.15 pagi aku bergegas ke bilik 3 - bilik Wan Mat Saman - untuk aktiviti kedua (Penyelesaian Masalah/Problem Solving) - di sini aku nak tegaskan kepada korang…kongsi le,klau perbincangan dalam bahasa Melayu…pastikan takde terlepas kuar BI,asal kuar je deduct - cthnya korang guna ’so’,'ok’,'if’….bukan lawak beb byk yg aku tgk guna…dahtu BM pn kasik yg ‘baku’ le…Bahasa Buku=BA KU…jgn ‘loghat’ - BI plak jgn ada tersasul plak di Melayu kan…tolak gak point…lepak ja,BI tak boombastic pn takpe janji BI,klau boombastic pn silap tak guna - dahtu jgn keja nak mencantas idea org lain,dengar dlu komen kemdian…ni bukan debat tapi perbincangan,ramai yg tak faham tujuan aktvti ni - participate even sebut ya saya setuju,jgn diam langsung…klau korang kena explain di akhir perbincangan adala yg tak kena tu,samada korang diam atau idea korang byk tersimpang…kekadang kna terima keputusan kumpulan,jadi beri perhatian utk setiap soalan,jawapan dan ulasan…takut2 kna tanya…melopong pn harus diketepi…tak paham pn buat2le faham dgn ngangguk atau re phrase kan balik penyataan org. tamat dalam pukul
10.30pagi-minum pagi dan disediakan minum serta kuih-muih. -Aktiviti free utk menyiapkan isi dan ucapan bg aktiviti petang dan malam nanti…aku gi pusat sumber…nak guna komputer nak surf ramai yg guna dah le komputer kebanyakkan rosak-adviseable klau nak guna minum cepat2 kemdian trus gi balik bilik sumber,tak yah balik bilik dah.sebab smua info terhad dan ramai yg akan bertumpu di tempat yg sama…pompuan bleh la tgk tv berita ke…bilik lelaki ada yg disediakan tv tapi tak smua.cam aku takdenye tv. -Klau korang nak air panas,ambik n cuci termos dlm bilik tu kemdian gi kat blkg dapur panca rasa mintak air kat makcik tu nanti dia kasik…org lain taktau -Korang jgn plak jejalan di kaki lima tak pakai baju atau yg pompuan tu aurat jaga…ada kamera di setiap tingkat dan kaki lima…klau korg tgk betul2 korang akan nampak.Ni jugak sebahagian dari penilaian.Dlm bilik air ntah plak…aku bawak je kain basah…takut beb Dah habis diskusi tajuk dan tukar2 pendapat serta info,yg ada handphone tu call le sesapa utk dapatkan info…bwk laptop pn bleh beb utk yg ada…sebab ada gak minah bwk laptop and online cari maklumat…receiption internet ok beb sini…atas bukit.Sape nak call aku pn ok gak…sambil2 tu practice dlm blk air sambil tgk cermin pn ok gak…supaya ekspresi muka lebih meyakinkan. 12.30 tghari makan beb…lunch…ikan bakar masak cabai…hancuss bahaya beb…aku makan awal takut nanti emergency tak pepasal…utk yg jenis tak tahan daulat…adviseable jgn byk minum kopi….alternatif air masak dan teh ada…karang jadik cam kawan aku…keja nak ‘membuang’ ja…tak tgu nanti masam muka plak….lunch memang air mask je yg disediakan cuma sarapan dan minum pagi serta minum petang je yg ada kopi dan teh. Pkl 12.45tghari siapkan diri utk pengucapan awam dan mandi smua la bg cergas sket…dahle mlm tdo lambat… Pkl 1 ptg ready kat Surau Al-Falah utk solat Zohor…selesai solat aku trus gi carik bilik utk aktiviti pengucapan awam ni…korang suma kena alert perubahan bilik ni…kekadang diorg main ubah je…sesak gak nak cari…Pengucapan awam aku dibuat di bilik 4 Dewan Tun Sri Lanang,tempat di mana taklimat awal diberi semalam. utk aktivti P.Speaking dan P. Awam 24 individu utk satu kumpulan serta 2 Facee dan 2 Evaluator…
2.30 ptg Pengucapan Awam (BM)- sejuk siooot….24 org peserta tambah 2facee dan 2 evaluator…utk dewan yg bleh memuatkan 200+ orang. -dimulakan dengan no peserta yg dipilah secara rawak…suara konfem kena kuat…yela..dewan+evaluator dok blkg+tgh2 peserta2…rintangan suara tu panjang …lontar dgn kuat beb…ketor gak kepala lutut nervous+sejuk…bwkle botol air utk keringkan tekak…macam2 karenah tgk…ada yg just baca…ada yg mcm bagi ceramah..ada yg mcm jadi pengacara majlis…mcm ustazah pn ada…tak kurang gak mcm Karam Singh Walia…adviseable…mulakan pengucapan dgn memberi hormat kepada juri…pengerusi majlis…dan hadirin…jgn plak hormat tu diucapkan utk para penilai dan facilitator…sebab kita dlm pengucapan awam jadi setaiap dari mereka ada watak tertentu…ingat…pengerusi majlis,juri2 dan klau nak mention gak penjaga masa…ada 2 loceng akan dibunyikan..mula loceng yg menandakan kita cuma tinggal 1min saja lagi…setiap sorang ada 5min…loceng kedua maksud…CUKUP,PEGI DUDUK…jgn sampai ditegur suruh duduk…jadi plan lah masa korang…klau dah dengar loceng mula tu…habiskan je point yg tgh dibentang dengan cepat dan terus buat kesimpulan…jadi pendahuluan jgn byk bunga….jgn baca…que card bleh bwk tapi utk tgk point ja… Dalam 4.30 selesai aktiviti…utk minum petang lagi satu nasihat…korang minum je la…makan tu korang bungkus kuih tu dalam tisu ke hape atau takyah makan langsung…sebab petang ni kena berlari 2.4KM…penat tu klau korang makan gak…jadik cam aku,mengah,sengkak smua ada…klau korang kondifen ja tak kisah,just nasihat sebab aku pn jenis kondifen…belasah gak makan…
5 ptg berkumpul di padang bola utk fitness test…mula dgn warming up ala aerobik…pastu larian pn dilepaskan…pompuan dan lelaki serentak…mulala berlari…nak jadik cite…dlm kelompok 5 org pertama yg lari meninggalkan kelompok lain ada gak sesat sorang pompuan…si no 143 tu la Kathleen…fit sioot…mula seirama dgn aku ja…siap dia tegur aku pastu overtake aku…mamat yg di depan tu mmg well known wakil MSPPP…no 107 mmg laju beb…sket demi sket dari no 3 aku mula slow…makanan yg aku mkn tadi mula membawa kesan…rasa cam berat ja…so aku jog pelan…sorang demi sorang overtake aku,dah kumpul keringat…aku mula pace up balik larian aku…1st round tak jadi masalah bila aku masih bleh kejor kelompok 10 pertama…larian ni naik turun bukit beb…round kedua aku makin merosot jatuh dalam kelompok 20 terawal…samapi di batu tanda 700m aku mula sprint 100m…utk back in top ten…tak dapat beb…lutut pn dah nak tercabut rasanya…200m terakhir aku berada di kelompok 20 terawal gakle…so lepas aku pn ada gak mamat dan 5 org minah yg berjaya menghabiskan larian bawah 15min…no 107 dan 143 merupakan golongan’myteam’ le…bawah 10min tu…diorg yg constant lari tanpa henti dan tak penat…logikla..cam aku lari,jalan,jog,sembang,pecut smua aku wat…so mmg tak konsisten la masa aku… di hujung garisan ada air disediakan..ambulan pn ada tgu…aku masuk team kedua…ada 31 org yg lepas…1st team 2org ja…malu gak kalah dgn pompuan…yela dulu muda2 aku jagoan gak balapan ni…tak pernah kalah dgn pompuan 100m bleh buat dlm 10 saat..skrg 16 saat pn mengah… - 6.30 tamat sudah siksaan fizikal…balik tu pn ada gak yg masih singgah Nah Corner utk minum2…aku balik je bilik sambil tgu keringkan badan aku siapkan speech aku utk mlm ni…kelam kabut beb…mula ingat nak gi makan tapi tak jadi plak..rasa mcm tak sedap perut…sambil lepak2 aku practice speech aku…mula ingat nak kuar awal makan dan solat jemaah di surau,tapi tak jadi plak…kecut punya pasal…kemas siap dan solat kat bilik ja…trus turun nak gi makan pn tak jadi…tak berselera…sampai ja bilik 2 …terlupa nama bilik plak…kena duduk depan sket sebab majoriti pompuan dah ambik tempat di belakang,…evaluator dok belakang dan facee dok kat depan…berlainan sama sekali dgn pengucapan awam tadi…kali ni yg terkejutnya aku jadi org ketiga bg speech…sama ja nasihat aku cam pengucapan awam tadi tapi kali ni BI ja…jgn ujarkan soalan kepada penonton dan tanya jawapan…sebab ada gak yg tak faham buat…klau nak tanya…buat soalan umum dan kemdian jawap sendiri…pastu wajib address kan setiap hadirin dan watak2 facee serta evaluator…honorable judges atau Jury..respectable chairperson…jgn lupa….cam td loceng pertama dan kedua dibunyikan untuk tujuan yg sama….
-habis je public speaking…perut mula meragam sebab dah dibiarkan kosong … aku pn kuar dgn syam ikut jiran rosdi dan wan azli gi makan kat luar…kitaorg naik keta kuar gi makan utk lepaskan tensen tadi…lega rasanya…
tekanan ni korang maybe tak rasa…once korang sampai ke tahap ni korang akan jumpa pelbagai manusia yg manis pada awalnya dan mula menunjukkan taring dengan mencantas idea2 korang….so kuatkan semangat dan bersuara…ada yg dicantas idea sampai membisu jadinya mereka…kekadang kita gak bleh encourage org dengan menyokong idea mereka…untuk memberi peluang…give and take kengkawan…klaukita je asyik give tapi tanak take idea org mahupun teguran org…kita dah jadi dominan dan bukan teamwork…berpada2, yg over tu jaga2 sket -di harap sape yg dapat mengambil iktibar ni tak ulangi kesalahan yg aku lakukan dan sekali lagi aku mangsa sebab kejahilan…jgn harap sesiapa pn di situ nak bantu korang sebab setiap individu adalah saingan memasing disebalik senyuman…even roommate pn kekadang take advantage…cam aku yg pakai stokin putih pada awal aktiviti…roommate pn tak tegur…yela aku ni jahil sket…stokin hitam aku hilang..tercicir agaknya…nasib ada evaluator yg tegur…sempat gak aku kuar pekan beli sepasang…dah tu sport pastikan stokin putih sport…bukan stokin kerja yg warna warni -plain white please.Aku pn taktau lepas ke tak stage ni…klau disebabkan attire code ni yg meruntun kejatuhan aku…mmg kesal gak beb…I gave my best to move on to the next stage…INTERVIEW… sok satu lagi aktiviti terakhir.
Hari terakhir 03/09/06 Ahad….Debat ala Parlimen ( Code of Conduct: as seen in Parliment Debate)(12 individu) -Converse in BM purely…eh silap ter BI plak…nak ’speakang’ sesetengah perkataan kena mintak izin yg Dipertua Dewan…caranya akan aku terangkan di sini..
-Aku buat di bilik 4 Dewan Tun Sri Lanang gak…kumpulan akan dipilah secara rawak 6 vs 6…ada bhgn jadi pencadang dan ada pembangkang… - mula2 masuk korang akan diberikan kertas utk ditulis parlimen manakah diwakili anda…so buh je…cam aku Permatang Pauh malangnya dibarisan pencadang…tapi ok gak sebenarnya…sebab selagi sesebuah kumpulan tu resourceful…takde hal punya…cam kami ‘outbeat’ pembangkang - setiap kumpulan diberi tajuk dan bincangkan hujah yg nak dibentangkan….aku jadik ketua pencadang so…adala kerjanya… - 5min pertama diberi utk perbincangan pembentangan hujah…setiap perwakilan diberi 2min bentangkan isi utk didengarkan pihak yg mencadang dan membangkang akan di selang seli…bentang hujah kawan2..jgn bahaskan atau pancung hujah sesapa lagi…yg cadang bahas kenapa setuju yg bangkang kenapa tak setuju… cukup untuk 1st round…nasihat di sini…dengar hujah pihak lawan dan ambik poin diorg utk dibidas dlm round kedua. - 4min diberi utk bincang bg round kedua,klau tak silap aku 4min kot….time ni pihak yg membahaskan bleh dibidas…klau tak puas hati..angkat tangan dan ucapkan ‘izinkan saya yg dipertua utk mencelah/menolak/bersuara/dsb’ bidas satu poin…jadi utk bidas byk poin dinasihatkan jangan bidas satu perwakilan sahaja…bidas byk pn takpa… - Klau setuju dengan perwakilan di bhgian kita berbahas(di pusingan kedua) ketuk ja meja mcm dlm Parlimen tu…jgn wat dekk ja…ni penting utk poin. - etika nya tak setuju angkat tgn mintak izin yg dipertua dan bidas…setuju ketuk meja…bantuan terhadap wakil yg dibidas tak dibenarkan…so kena bidas jawap sendiri la…jgn ngaku kalah atau diam dan tersenyum…sebarang tingkah laku yg nak diutarakan minta izin yang Dipertua seperti nak masukkan perkataan bahasa Inggeris atau loghat negeri masing2 sebab hujah dikendalikan dalam BMelayu Baku…beberapa kali pn bidasan yg nak dibuat terhadap hujah yg dibahaskan pn tak kisah tapi dengan izin Yang Dipertua…jika tiada keizinan jangan buat…biadap terhadap dewan.tegas ketuk meja disyorkan tanda bantahan…tapi agak2 le…address kan perwakilan yg lain dengan Yang Berhormat bukan nama mahupun No.Jika diberi peluang mencelah dari Yang Dipertua, ucap terima kasih Yang Dipertua. - tiada sesi gulungan perbincangan…semoga dapatlah berkongsi pengalaman bersama rakan2 sekalian…
Sesi terakhir adalah Taklimat penutup dan sesi post mortem kursus tips2 dari pegawai PTD yg hadir dan utk yg layak ke peringkat seterusnya…adviseable kengkawan bawak kertas utk mencatit nota2 penting ni sebab nota2 ni kebanyakkan tak dapat di ambil di mana2 website mahupun buku…ia dari pengalaman pegawai berkenaan berkaitan INTERVIEW dan juga APA ITU PTD?….jadi renungkanlah rakan2 yg bakal menghadiri PAC mahupun yg yg bakal ambik test…test tu tak dapek den nak nolong…korang watle sendiri baca hape yg patut….Malaysia Kita dan surat khabar…sebab aku ni pn tak bajet lepas… makan terakhir disediakan pada 12.30 tghari…selesai je kemas barang tgu apa lagi…chioww la…tapi aku tgu gak sampai masuk zohor dlm pkl 2 ptg baru kami blah…org terakhir meninggalkan INTURA…ralat gak aku sebab benda2 asas ni aku tak siap sedia…tu yg aku nak kongsi supaya takde lagi mamat mane yg senasib aku….Alhamdulillah la klau aku berjaya melepasi peringkat ni…at least aku dah cuba sedaya upaya…yg minah tu…takde hal maintain cool jgn over dahle…sebab byk minah yg over sket,kekadang tu nak ngorat Facee…sebab byk yg muda dlm 30 an ja…tapi korang kena ingat evaluator yg beri markah…diorg mostly dah senior dlm PTD…gerun tgk sioot…diorg bleh maintain tak gelak even senyum klau kita buat lawak atau terbuat lawak bodo… Baiklah rakan2 sekalian…aku nak tinggalkan korang suma dgn Pengalaman 3hari 2 mlm di PAC INTURA…klau ada salah ejaan dan agak rojak bahasa fahamla…aku taip ni pun time bosan wat keja di pejabat…aku taip dari senin sampai rini slasa…penat beb tak cuti…ntahle wat kawan2 aku yg balik PJ, Johor camne diorg ntah2 smua apply cuti takpn MC…kejang kaki ni tak habis lagi…salam berkursus…yg nak doakan aku lepas aku amat mengalu-alukan…bleh aku kongsi peringkat yg seterusnya dgn korang gak…amacam..?Thanx sbab sudi baca diari seorang lelaki ni…