To Share the sour and sweet of my life and my frenzz around the corner
Sori klau tajuk blog aku kali ni mencurigakan…sebab bagi aku pelik la…slalu aku ni persoalan akan aku fikir banyak2 kali seblm menjawab …tapi kan…korang tak tau …smlm aku telah ditegur dek teman ni…"eh pehal mamat ni…jawab soalan macam bukan hang ja…ada silap makan ka"…lebih kuang camtu le tegur teman aku ni…hari dah lewat malam…aku yg bosan ni mencari helah nak lepak2 sblm balik tdo…keja sebenarnya dah tak banyak cuma menjawab soalan dari klien2 dan juga ‘chase’ payment dari bank2 dan jugak klien…letih sebenarnya dgn karenah manusia yg acapkali dah mampu dibaca….so berbalik pada lepak yg aku maksudkan ni…ada beberapa point aku jawab selamba badak je…dan klau ada yg terasa …bior jela benda dah berlalu …saje nak cite…lagipn kisah aku dan aku rasa susah aku nak menjawab camni…slalu jawapan aku mesti ada yg loyar buruk takpn sedikit kurang ajar bagi yg nipis telinga…sebab aku sukar nak capai tahap serius seketika sbb slalu aku tanak orang ambik berat sangat pasal aku…aku ni cam besa arr…slalu bertopengkan senyum sokmo…ada orang kata fake smile le…ekceli,senyum aku klau bukan benda yg gembira…atleast niat besar aku tiap2 kali senyum adalah sedikit sedekah dari aku…klau hati korang yg gundah jadi normal melihatkan senyuman aku pn dah cukup…aku ni memang tanak sesapa resah pasal aku dan tertanya2 klau aku susah ke tak…sebab dah pasang niat susah senang…hadapi dgn senyuman…klau aku bermuram atau masam tak selesai gak masalah…(ala bro melencong le…mana topik asalnya ni) …
Wari2(sori dalam bahasa Japang)…so semalam alkisahnya lepas keja…aku lepak dgn teman lama aku kat kedai mamak pekena tosai dan teh tarik sambil sembang2, ekceli aku ada kecik ati kat membe ni banyak perkara…so dah lama aku asyik melarikan diri dari jumpa dia…sbb banyak sgt perkara yg dibuat menyakitkan hati aku…tapi aku buat keputusan…klau dia call lagi skali ajak lepak…aku cuba je utk lepak dgn dia…dan masa dan tempatnya kena…so aku just lepak…
Memula jumpa…rakan aku ni sedar rupanya salah dia kat aku…dia datang dan salam serta minta maaf…dia cakap maaf sebab mengata aku ni penipu dan dia memang ada buat salah besar bila dia hasut orang len utk jauhkan diri dari aku…kepada tuan punya diri…cam yg aku cakap…ko dah beri aku green light kan nak cite so…aku cite…kisah ni bukan pasal ko pn…so full stop…masuk perkara yg agak pelik…bila mamat dan minah ni mula bukak mulut cakap diorg nak kawen…wah dah bertunang korang…so bulan 8 ni ekk kawen tahniah..sape kata dah break before takleh kawen…kali ni dgn restu parents memasing dan thru istikharah ..(cakap diorang le)…
1st skali aku diserang soalan yg ‘cepu emas’ le…"hang bila pulak"…senang je jawapan aku…single…diorg mesti tak caya punya…yela..kisah aku ber’teman’ dari sekolah kemdian universiti..mesti diorang dah tahu…aku pn heran kekadang …tau2 aje kisah hidup orang(ala macam awak tu tak tau…banyak gossip panas dok mengalir melalui awak gak kan?)…(^_^) ala lumrah manusia…dalam banyak2 soalan aku diasak soalan nape tak jadi dgn awek2 lama(pergh …cam banyak je awek aku…sesuka ati je diorang ni) "eh, mana ada…yg tak jadi nya satu je…sblm2 ni mana ada awek…(serius aku jawab ni..lelain dulu mana consider awek sbb diorang pn tak consider aku bf…baru2 ni je)…diorg pn menten je…lepas nampak muka aku cam sedikit panas…so …
Aku:ala dah takdir dan ketentuan milik Ilahi…kita ni Insan biasa…takyah risau klau kita percaya akan jodoh
M&J: bukan apa…aku pn cam pelik ja bila hang tak kawen2 lagi…ni nak tanya.. hang ada buat marka lama tu sakit ati kot…
Aku:sakit ati?…errmm adala kot…aku pn ada sakit ati gak…besala klau dah berteman, tu yg seronok klau kawen dulu cinta kemdian…tadakla sempat si gf tu kenai penuh sapa aku?
M&J: apa maksud hang?
Aku: cam ustaz Sham cakap dulu ingat dak…(membe aku ni dulu pernah join kursus munakahat kat area umah sewa kami dulu)…ala kn dia kata..perhubungan serius lelaki dan wanita ada fasa…mula kenai..sayang cinta…kemdian kawan…pastu ..bla bla,bla sampai yg nak akhir sayang tu ibarat botol yg ada air…skali sayang kita hirup air tu kluar…dah lama2 makin kurang…
M&J: maksud hang …sayang konfem berkurang?
Aku: lorr ni mesti tak bg penumpuan dalam klas tu…camni…sayang ibarat air dalam botol yg tak berkulit dan bertudung bagi sesetngah orang…tapi sayang gak bleh senantiasa penuh klau dapat rahmat dari Ilahi ibarat Allah yg senantiasa memenuhkan botol tu dengan kasih sayang dan juga dari sumber2 yg baik…dan botol yg tak berkulit ibarat sayang pada rupa dan hal2 duniawi…nampak kasihnya kurang(airnya kurang setiap kali minum)…tapi ibarat botol yg bertutup kulit dan tudung…sayangnya tertutup..kasih pada Allah,suami,keluarga dan sewaktu dengannya (dgn botol bertudung,tak menerima sayang dari unsur2 yg tak menentu)
menjaga diri…(eh dah cam ceramah mini plak aku)
M&J: ooo hang praktik camtu ka?
AKu: tu yg fail tu…aku ni budak nakal dan jahat kekadang…ngaji macam2 …tapi tu la…aku yg aku rasa terkilan tu sebab aku tak baik macam yg dikata orang…nak jadi baik bukan senang…tgh dok cuba ni…banyak dosa aku pada kawan2 dan teman2…
M&J: okla tutup cite skrg cite len plak…
(dalam sembang2 tu …baru aku tau…aku ni asyik nasihat dan bagi kata semangat kat orang ja pastu tolong orang ja…rupanya sedikit sangat masa aku habiskan untuk tolong diri aku…aku sangat berkira untuk diri seniri…aku sanggup berhabis wang ringgit cari kamera baru demi nak bantu kawan ambik shot kawen yg akhirnya tak jadi…dah habis separuh duit simpanan aku…nak wat cemana lagi skali ni takdir dari Nya…hilang kamera riban2 beli kamera riban2..pastu plan tak jadi… lepas ni apa plak ekk?)dah sembang2 punya hal…kawan aku asyik tanya pasal kawen plak , kononnya nak mintak pendapat kunun…ntah dipakainya kelak ke tak
Aku:Aku klau kawen…aku tak buat le kot menatang pelamin tu…malas le majlis renjis2 ni…gayat pelamin
M&J: lorr sebabtula ex awek hang tak mo kat hang…perempuan skrg teringin naik pelamin tu…klau hang letak ja syarat ni …membujang le hang…
Aku: eh ke situ plak mamat ni…bukan camtu…klau aku…so …knuri aku…aku tak buat le…klau knuri bakal bini aku nak buat…ikut je la…aku akan biasakan diri…lagipn aku dah tak gayat sgt cam dulu…aku dah beberapa kali jadi pengapit pn atas pelamin tu…ada yg ada majlis renjis ni pn…merenjis pn dah pernah…so okla kot…
M&J: yalatu macam bagus ja cakap…eh, dah jumpa ka calon?
Aku: calon…ntahla…tgh scanning kot…sbb yg dok kawan nak menten kawan…maksud aku klau dah selesa camtu…tapi takdir la kan…aku tanak keras ati sgt…klau bagi lebih dapat kurang …aku pn tak senang…aku klau nak cinta2 cam dulu takle kot…dulu pn aku dah habis banyak masa dan wang ringgit…klau skrg aku buat camtu gak…baik kawen je dari bercinta…bercinta2 kang sampai sudah tak cukup duit nak kawen…costly tu…so J aku rasa keputusan nak kawen dgn si M ni memang okla…..aku sokong sangat…
M&J: so ok tak klau hang jadi pengapit?
Aku:uisshh tanak la…aku ni dah tebal muka…asyik orang kata muka ambik berkat.. aku pn dah naik malu…asyik menepis soalan ja…slalu klau hampa smua tanya soalan ni…aku akan ubah topik,ntahle kali ni…
M&J: kami pn pernah susah, break kemdian tak jumpa pengganti..alih2 si M ni nak kawen…so dirisiknya aku tanpa pengetahuan aku…mak ayah aku stuju plak…
M&J: tu arr aku rasa 5 tahun berkawan dah lama…cam rugi ja klau tak teruskan sampai kawen…lagipn dah banyak yg dikongsi sampaikan aku dah faham sgt perangai dia ni…eh hang plak dulu brapa tahun kawan?
Aku: alamak ke situ plak?…sudahla,yg lepas tu lepas…tahniah la kat korang dah nak kawen pn…yg aku ni dah tersurat camtu..tgkla nanti camna…
M&J: mak abah hang camna?…ada tanya ka?…apa hang jawab?…ada kilaih kot mana2 ka
Aku:jenuh kilaih…last2 aku cakap aku redha pilihan mak…camtu je la…sbb aku pn taktau dah nak suka orang macam mana…(camna nak tekel memang la aku tak reti,kayu sket aku bab ni…dahla tak romantis dan slalu praktikal…tak suka aku cakap je tak suka…takpn aku diam dan buat2 suka…kekadang orang salah faham sbb benda suka /tak…sama ja respon aku)
M&J : dahtu camna skrg?
Aku: camnila…tgkla kot2 ada yg tersangkut…aku harap 8/8/08 ni ada benda elok terjadi kat aku…sblm tu ka…sblm hujung tahun ni ka…keja baru yg lebih elok ka.. dapat teman nak jadi bini aku ka…klau bleh aku nak yg senang..maksud aku tak banyak masalah sgt…dan sudi bantu aku…sbb aku banyak sangat masalah sniri… hari2 aku pk memacam..apa plak nak jadi esok…nak kena apa plak kat aku..suka pk bukan2…azam nak tukar keja tak terlaksana lagi…aku dah cemuih kat sini…keja pn tak bersemangat jadi robot je…asyik keja sampaikan awek2 melayu pn tadak nak sembang sesama…aku nak jadi macam orang lain…bleh keja,gossip,main sesama…tak kisah le…main boling lepas keja pn kira okla…ni pn yg sronok trip g HK tu je…
M&J: mula la tu mengeluh…relaks bro…nanti J ni naik pangkat hang mintak ja keja kat dia…kat aku sori la …aku pn balaci ja
Aku: iskh..sori2…aku ni banyak buat benda teruk2..ni balasan aku…aku terima tapi pada masa yg sama aku tanak nyusahkan orang dan buat orang letak harapn kat aku sebab aku tau macam mana rasanya bila harapan seringkali berkecai walau kita dah cuba sedaya upaya nak menidakkan…tapi tu la kita ni manusia…apa2 pn kena terima ja…cam kawan kita si Z tu…kawen2 je…isteri dah cureng…dulu cinta kemain setia…dahtu dia pn ikut sama cureng….kita yg jadi saksi jadi mangsa… apa nak buat…
M&J: biarla kat depa…dah rujuk balik pn depa…
Aku: tu la smua ni dah ditentukan…
So takat tu je la…malas plak nak cite bab lain yg disembangkan
p/s: sori buat yg rasa tertipu dgn tajuk…sebenarnya aku je yg rasa pelik sebab aku jarang nak get along dgn tajuk sedemikian …tapi kali ni aku layan plak …sebab ramai yg dok pk umor muda lagi lelaki slagi tak cecah 30 umurnya…mungkin untuk yg mak ayah dia muda le…klau abah korang dah masuk 60 dan umur mak korang camtu gak…kemdian korang anak sulung so amacam…takkan mak korang tak bising…jeles parents korang bila orang umur baya2 diorang ada dah dapat menantu,cucu dan ada cicit plak tu kekadang…ntahle…sedangkan aku masih terpk yg aku ni masih budak2 kecik yg suka bermain lagi…terpaksala aku mengaku yg aku dah tua rupanya bila dikelilingi kawan2 yg beranak pinak bukan satu…malah ada yg dah tiga anak nak masuk empat…aku?…anak kucing pn takde…(memang musim yg menakutkan bagi aku)
Musim Cuti sekolah adalah umpama medan perang sekarang…dari pelbagai segi bagi aku…first perang dengan perasaan diri dan tanggapan orang…menangkis segala persoalan dan kemungkinan…dan pada masa yg sama jaga ati dan bersabar…dah tu seken plak…dari segi memenuhi jemputan pilihan perlu dibuat..nak makan knuri yang jauh maupn yg dekat…yg kawan baik atau kawan2 besa je…mahupn jiran tetangga atau kawan2 …antara sahabat dan sedara mara…susah betul untuk itu…ada berkecik ati bila jemputan tak dipenuhi dan ada yang mula menjauh diri selepas tu…macam2 suasana yang harus dilalui…bila tak dapat cuti …susah nak ke kenuri…bila bajet lari… mula la tak cukup duit nak kampoi ke knuri kawan2 mahupn nak belikan hadiah tanda Tahniah. Macam aku memang over bajet le kali ni…maunya aku kikis2 wang simpanan aku..mak aku dah mula risau akan lagak anaknya yg seolah2 tak menghiraukan masa depan….eh, terukkan aku…ekceli aku dah start nyimpan …cuma tak banyak le…klau bakal bini mintak lebey nanti…maka takat tu je aku blanja…take it or leave it la kot…sebab kemampuan yg aku ada just ikut percaturan average harga pasaran mas kawen… mak sedara aku cakap…cepat2 le…tahun2 mendatang harga naik lagi…adoila… kekadang bila hati berkenan duit tak cukup…pn masalah…duit dah cukup ati plak tak berkenan pn masalah…so apa aku nak wat…camni la…dah cukup duit kita kira tgk…(planning kunun) malas nak memilih sbb ramai yg terlalu baik,cantik dan memahami walhal aku plak yg tak mampu memilih dan risau akan orang yg bakal bersama aku melalui saat2 getir …yala aku slalu jenis live life on the edge…banyak persimpangan delima…aku memang suka merancang … tapi less than 50% yg berjaya…utk diri aku la…dan kesuksesan utk aku membantu kawan2 plak more than 50%…tu yg aku memang suka nolong kawan2 nikmat berjaya tu kerap aku rasa walau aku mainkan peranan kecik je…nak tgu plan utk diriku…baik aku just follow the flow sebab smua kisah hidup kita ni macam re-play je…Allah dah siapkan cite utk kita ni…ada waktu cite hidup kita lancar,ada masa kita kena ‘pause’ kejap dan ada masa kita melihat ke depan (fast foward) dan seringkali kita terkenang (rewind) dan hidup kita klau diperhati kepada umum…pepatah takkan pisang berbuah 2 kali tak apply untuk ramai orang…pasti ada yg kecewa dan akan kecewa lagi tapi mungkin bukan kecewa selama-lamanya begitu juga untuk yang senang dan bernasib baik…bak kata omputeh…running out of luck…nasib dah habis…selaku insan redha dan tabah je dgn ketentuan…sebab itu adalah milik Yang Hak…kita cuma meminjam nyawa yg diberikan…manusia yang diberikan akal fikiran dan dapat berfikir dgn jelas malah keputusan manusia adalah berbeza mengikut pelbagai aspek hidup berbanding makhluk lain yg dicipta dgn ketentuan dan haluan yg tertentu, klau jahat binatang ada batasnya dan klau jinak binatang ada masanya…manusia plak dalam jinak mampu menjadi jahat… kepada suami2 dan isteri2…berikan kepercayaan dan jaga perhubungan…jgn kawen kerana mabuk cinta…mabuk cinta membawa kepada perhubungan yang sementara…(hablu minannas le)ada waktu kita perlu curiga dan ada waktu kita perlu percaya…terlalu banyak percaya kita dipijak dan terlalu banyak curiga hati kita tak tenteram…beri masa utk setiap permasalahan diselesaikan…bukan dgn kuasa veto hatta kita seorang lelaki dan bukan jua dgn lidah klau kita seorang wanita dgn membuka pekung tentang keburukan lelaki atau keluarga kita…tiada aku, kamu dan dia…lelaki dan perempuan yg dah sah menjadi suami isteri perlu ada aku dan kamu serta Allah… selain merayu dan menasihati sesama sendiri…pohon juga petunjuk dari Allah… klau kesalahan lalu menjadi nanah di dalam diri…cari cara nak hilangkan… sebab kalau luka di dalam sampai satu tahap yg tak mampu sembuh…aku pn taktau nak buat apa…persoalan jua terhadap aku….adakah penantian ini sia2 adakah keras ati jalan yg terbaik…korang pk la sniri…bg aku…apa jua tanggapan orang …kepada yg nak ‘tekel’ aku…apakah sebab korang suka atau dah sampai masa korang nak cari pengisi hidup atau sebab lain2 …dan kenapa aku cerewet sgt?…tak aku tak cerewet, biarla kluarga aku yg menentukan kelak di mana aku berhijrah nanti… pada masa skrg biarlah aku terus berbakti kepada kluarga yg menghargai dan memerlukan aku….bukan niat hati nak menyinggung banyak pihak dan bukan juga mengeluh untuk nasib diri…cuma nak bagi straight…jgnla kawan2 mengharap apa2 dari aku sebab aku ni tak mengharapkan apa2 dari korang…just kawan…dan aku akan membantu selagi mampu…no special case…klau benar aku suka akan korang…aku akan bagitau…sebab hidup aku takleh diteruskan dgn ‘tangkap muat’ je….aku tak kesampingkan sapa2 atas sebab2 apa…rupa,gaya,kewangan,latar belakang dan status…tak menjadi sebab utk aku tolak sapa2..dan utk wanita2 yg single yakni kawan2 aku…aku doakan korang menemui lelaki yg hebat untuk jadi teman hidup korang …laki yg hebat bukan laki yg perfect tapi lelaki yang menerima mu seadanya yg tak mintak lebih dari apa yg ada.bersedia untuk hidup bersama dan mampu memberi seadanya…Tenkiu untuk Along atas buku "Aku Terima Nikahnya", walau tak habis menggodek sket sebanyak ada kisah yg sempat aku singkap,macam 2 asam garam yg dipamirkan dalam buku tu sket sebanyak menghinggap hidup dan ada yg menjadi harapan tapi dah terkubur…dan terima kasih gak kepada Sazzy wonderful poetry from you that showed ur heart still gunning for hubby…hopefully everything going as ur plan (^_^) I’ll be assist from Malaysia.Tak lupa gak kepada yg terus memberi semangat dan nasihat di kala aku menghadapi saat2 sukar baru2 ni, cam slalu…I predict 2008 adalah Tahun yg aku sukar untuk lupakan both nice and bad things happened to me…both experience mengajar aku menilai hidup dgn lebih luas dan jgn mudah menaruh/memberi harapan sebab harapan saja tanpa percubaan mahupn usaha adalah impian atau angan2…biarpn angan2 mahupn impian klau diusahakan akan jadi kenyataan …renung2kan…slamat beramal (cam prof Izi plak aku)
bersamaan …13 May yg lalu…aku rasa tak sedap badan dan kepala pn makin berat..tidur yg slalu menjadi aktiviti idaman orang seperti aku rupanya seolah2 melangkah ke alam mimpi ngeri…asal mata terlelap imej2 yg tak enak muncul… setiap kali itu juga aku terjaga..tdo ku dah basuh kaki (dah wudhu) memang aku dah buat persiapan nak tdo …bukan sekadar macam slalunya aku ‘ter’ lelap…kepala aku dah panas dan berpeluh2…slalu terjadi kejadian ni bila aku resah…hari aku menaip ni masuk hari kedua tidur aku macam acah-acah ja…teringat aku perkara lalu macam mana aku ni memang sorang yg menyusahkan sebab aku kekadang ambik ringan sesuatu perkara dgn meletakkan kepercayaan yg positif pada kebarangkalian yg memihak kepada sesuatu yg negatif…mesti sukar kan kata2 aku ni…biar aku simplify kan…contoh kes terbaru aku ritu…aku letak keta dalam tempoh yg agak singkat utk aku kembali ke dalam ofis nak ambik laptop …dan it all happen…dan pada masa yg sama aku berharapan…"alah kejap aje" dan aku tak aware haritu keta yg aku drive…takde mende pn orang usha ye dak..klau keta cabuk aku lainla…ada polis Ispktor Felicia Olivia tu la yg cakap…agak pedih kan…naik keta orang …jadi camni plak…bawak barang orang…jadi camni plak…aku sebenarnya bukan kasihankan diri aku…klau korang kenal aku…korang sure tau pasal aku…cuma agak terkilan utk pihak orang lain dan aku tau macam mana terkilannya diorang bila aku berhubungan dgn diorang….hanya maaf aku mampu berikan dan aku dah janji nak bertanggungjawab atas smua ni…(inilah aku,slalu dipertanggungjawabkan utk sesuatu yg berat)…orang akan cakap smua ni takdir…aku terima dan redha dan pada masa yg sama…jadikanle kisah aku ni teladan… jgn amik mudah atas perkara yg korang rasa ada kebarangkaliannya jadi sesuatu yg tak enak….logik kan…maksud aku perkara terjadi kepada aku ni…
ALAMAK!!! Tajuk pasal lain…alih2 cite pasal lain..sori..ni aku gak…amik mudah sangat dalam pengarangan…sebenarnya pagi2 lepas hantor keta untuk dibaiki cermin aku ke pasar karat di bagan(taman selat) …sure aku tak keja…sedang ronda2 ada orang call no KL…so aku jawab…dgr sore awek di talian(awek le kot, ntahle klau dah mak budak)…dia cakap kat aku..aku dijemput untuk interview utk kali kedua di Daruzzakah…yg 1st time tu la yg aku cite dulu "Senin yg bz tu" tu arr 1st interview , nape tanak cite?…besala, kang ada yg gelak…aku minat keja kat pusat zakat…yala kan aku nak qualify ni susah…harap2 2nd interview menjadi…untuk aku bukak lembaran keja yg baru dan moga2 kali ni aku mampu sara hidup aku dan berusaha dgn lebih yakin di atas tanggungjawab yg dipertanggungjawabkan…amin
~p/s :- klau ada tips kawan2…bleh hulurkan sket…klau keja kat pusat zakat nak kena ada ilmu apa selain zakat…maksud aku apa keja pegawai kewangan/exec zakat ?…dan klau ada tips utk interview for this post…bleh kasik tau ka?…tenkliu
Isnin bersamaan 12 May 2008 satu alkisah mahupn tragedi kecuaian aku dan kerakusan manusia lain menyebabkan aku mengalami kerugian besar dan kesedihan yg tergolong dalam sedih bangat dan aku mula terfikir2 dan aku cuba tidur semalam namun aku tak berjaya …dan kepala aku pn mula pening2…kenapala aku sengal sangat semalam.Banyak perkara yg tak sepatutnya aku buat semalam….aku akan mulakan dengan pemberitahuan…huwwwaaaa…my latest boo yg aku baru sambar dalam awal tahun ni my Nikon D80 dan companionnya yg aku slalu guna (milik adik aku) Canon 350D had been officially kidnapped dan cermin kereta abah aku plak hancur …in attempt to steal the camera (both bag and the camera itself). Sengal kan aku ni?…the first time I did it dan terus kena…cerita ni berlaku dengan cepatnya dan agak terkesan pada aku yg rasa diri ini diperhatikan disebabkan kereta abah yang aku guna….
Kereta yg pecah cermin Mercedes Benz C220 ntah tahun 90 an le…abah beli 2nd hand dan tak habis bayar…(quite obvious kan…abah dah pencen so dia minat dia beli la….) aku plak pinjam keta tu disebabkan keta aku agak buat perangai…(takdir …sebab hari ni ok plak) so kejadian jadi hujung2 hari bila aku nak balik dah ni…aku bawak D80 aku sebab memang aku slalu bawak pn…klau tak aku letak kat bonet keta aku akan letak bawah sit co-pilot…dan kebetulan harini aku saja bawak kamera adik aku yg aku baru ambik dari dia di cyberjaya utk diservis …kamera 350D tu arr…nak balik aku aku dah bergegas ke kereta dan aku dah letak barang2 aku (files dan beg2 kamera tu la skali dgn tripod smua la) dan aku terlupa laptop di ofis…dgn cuai dan selambe aku letak beg2 kamera tu di belakang sebelah kanan dan betul2 mengadap cermin (benda yang memang aku tak buat sebelum ni) dan aku park keta tu di lorong yg berdekatan dan kebetulan yang satu lagi…lorong yang slalu ada budak2 dok lepak gi tuisyen dan makcik2 sembang tu takde orang pada waktu tu…tapi dah nak cepat aku park kejap keta dan ke ofis…so faham2 le bila tgu laptop nak shutdown ni kan…dah nak balik Makcik Tun kedai kek berhampiran lorong tu datang kat aku cakap keta Merc parking kat lorong kena pecah…..Haaa? aku mula kaget …alamak apala nasib aku ni…aku sampai je…jantung aku mula degup kencang…dalam hati aku…mampusla aku harini….kamera aku dan adik aku yg beribuan hinggit tu…maklumat dalam kamera tu yg tak ternilai harganya dan kereta abah aku yg cermin dah hancur……Ya Allah…hanya Allah yg tahu betapa berkecainya hatiku..kamera kesayangan aku dan adik aku dan kereta kesayangan abah aku…….smua skali depan mata aku…apa yg lalu difikiran aku waktu tu…kerugian yang nak aku tanggung dan abah aku pasti akan marah besar sebab dia dah slalu berpesan dan aku pn slalu ingat pesan tu…tapi disebabkan ambik mudah perkara tu buat ‘pertama kali’ dan nilah balasan aku.Bleh kata Kerugian terbesar kedua yg aku alami dalam hidup (kes aku eksiden tu pn murah sket dari ni sebab upah ketuk kete dan cat keta time tu baru Rm4000) kali ni…klau anggaran kasar sebijik kamera Rm4000 dah nyaris Rm8000 dan termasuk cermin keta yg dipecah kan tu….Allah…terjelepuk sekejap aku sambil orang lain perhatikan aku …ramai plak yang datang tadi tadak orang langsung…aku tanya ada siapa2 yg terlihat pencuri tu….smua cakap tak dan ada yg kata dengar bunyi cermin pecah je…bila diorang sampai smua dah selesai….adoila…..kesal dan rasa bersalah mula menghimpit aku…aku bukak pintu driver dan aku duduk di dalam tu sambil tgk orang disekeliling mula berkumpul …perasaan ni dah masuk kali kedua lepas eksiden dulu…agaknya 7 tahun yg lepas…smua dah mula kembali…panik dan sedih sgt… bukan sedih nak nangis,tapi aku marah dgn diri aku…yg teramat sangat…aku call abah…seperti yang aku agak…abah mula bebel pasal tak dengar cakap…aku faham memang salah aku dan aku terima…aku cuma boleh cakap maaf dan ternyata suara abah lagi kesal bila mak bagitau aku bawak kamera adik aku skali dan dapat tahu kamera tu juga dicuri…ampunkan aku…salah aku kepada pelbagai pihak…seringkali perkara ni terjadi pada aku…orang kedua adik aku(walhal aku nak postpone dulu sebab dia nak exam tapi aku terpaksa…) aku ceritakan pada dia sbb aku ambil kamera dia dan end up stolen…dia terkejut dan mula berfikir ( mana mungkin aku tau kalau2 dalam tu ada gambar2 penting utk pengajiannya) aku mintak maaf dan akan cuba cari jalan nak ganti kamera tu …sebab adik aku memerlukan kamera tu sebagai salah satu medium pengajiannya dan pada masa yang sama aku mintak adik aku tu fokuskan diri untuk exam dan aku janji akan ganti gadgetnya tu…aku plak…kena mula berkira2…janji2 klien bulan 5 dan 6 dan akan datang bulan8 utk shot hari perkahwinan mula memberat di kepala…tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan …wahai klien ku sekalian…jgn riso I’ll make it up to you…amanah yg diberi akan aku laksanakan… program bulan 5 shot extravaganza terpaksa aku lupakan…nak buat camna …aku nak kena cari jalan nak dapatkan kamera aku balik …buat end month punya job…maybe aku pinjam tak pn loan kamera kejap…terpaksa…klau mau cari pengganti…manakan aku mampu nak kaut ribuan duit sedangkan gaji aku yg agak kecik…so how bout EOS 400D instead D80…owh just a day pass by and I miss Mr D already… pretty damn miss that thing( this thing happened before when I ‘loss’ my ex-Gf…I’ve came to sense where…I’m loosing almost everything that precious to me…one after another..)…aku buat repot di balai berdekatan…walau aku tau …hopeless …sebab kes camni slalu sangat dan polis Malaysia aka PDRM seniri tak mempunyai kepakaran yg mampu trace and tap kepada maklumat peribadi penjenayah…dulu aku dah tau kenapa di Malaysia susah sangat satu2 jenayah tu nak diselesaikan…ttg kepakaran satu hal…dan bajet yg diperuntukkan untuk polis smua di ‘korup’kan…polis kita pakai pistol S&W …dan ada bahagian balistik kita mengesahkan …ada unit yg dah berkarat pn…ntah bleh trigger ka tidak…tak diservis elok2…pencuri kita dah advance dari segi knowledge dan perkakas…knapa tidak polis kita …walhal dalam media dipukul canang kecekapan polis kita..selama bekerja dgn PDRM ,apa yg aku dengar adalah rungutan…dari bahagian jenayah jugak forensik…sbb tula tayangan CSI di Malaysia menjadi igauan PDRM…tak caya ikut suka korang sebab kes aku ni …bahagian forensik cuma bleh cakap…"ENcik klau kami swab peluh ataupn darah …masih tak mampu nak kenalpasti penjenayah sebab database bank darah utk pengesahan DNA kita tak slalu dikemaskini dan cap jari pn susah nak trace…(perkara yang aku kesal sbb ada baju yg aku letak untuk menutup beg tu takleh nak membantu…sedangkan klau CSI baju tu ja bleh dah diambil paling kurang swab kan utk peluh atau darah what so ever)…so kes ni memang end up loss in one side la…sekadar repot…ntah la aku buat repot bukan dgn mengharapkn kerjasama polis sgt pn…sebab aku dah tau …kes local dan rutin camni slalu polis gagal selesaikan…melainkan kecurian kenderaan atau barang2 besar yg ada sekatan jalanraya…selesai repot smua dalam pkl 7 lebey aku balik umah ,…dah maghrib…aku masuk lesu…dan smua ahli kluarga mula bertanyakan kisah…abah aku balik dan masam muka dan demand aku cerita kes ni…aku solat dulu dan menghadap dia selepas tu dgn cerita serba sedikit…kebetulan ada kelas pengajian di surau dia dan mak pn ke surau…aku masuk bilik dan capai henpon skali lagi aku sms adik aku mohon maaf…aku baring sambil terfikir2 …ntah apa yg aku fikir…sgala kisah lalu mula bermain2 di kepala aku…aku nak mohon maaf kepada salah sorang mangsa eksiden 7 tahun lalu…rakan2 aku yg terlibat Insan Norkamil,M Jayha dan Shahril …dan Makcik Salmah…maaf tak melawat di rumah sebab aku takut…waktu aku melawat di hospital ..aku nyaris ditumbuk suami mu…last aku lawat dia waktu aku tgk laki dia kluar…dan aku letak bunga …waktu tu makcik salmah tdo…pastu insiden kedua …mangsa perlakuan aku gak…mula2 tahniah aku nak ucapkan smoga hidup bahagia…nasib baik tak lalui hidup dgn aku waktu dulu.. klau tak hidup mu mesti tak sebahagia skrg …skrg dah punyai rumah seniri dan ahli kluarga mertua yang dekat…kepada tuan punya diri…ni bukan kekesalan cuma melahirkan rasa kesyukuran sebab…rasa ati yg saya sangat sama kamu maka aku relakan kamu pergi ke pangkuan orang lain smoga boleh berbahagia.kejadian kali ni …abah mohon maaf yg tersangat dan pagi ni orang Merc dah datang amik keta nak direpair…dan aku menawarkan utk menanggung kos ganti rugi biarpn brapa atas dasar rasa tanggungjawab…adik ku Iliyas…aku janji akan cari jalan nak ganti kamera mu sebelum sesi pengajian mu akan datang…dan terakhir skali klien2 skalian klau yg membaca..usah risau, amanah ni masih aku pegang dan aku akan berdikit2 cuba utk live up to my words…
~fin~
p/s:- aku memang tak bersemangat hari ni…hati jadi hiba…otak jadi lemah…mata pn pedih…semalaman aku tak tdo…walaupn aku dah besa alami kejadian ni…tapi kali ni macam dah jadi sum up smua event bila aku alami mimpi ngeri walau tak sempat nak tdo…terlelap ja…mimpi dan terjaga…klau coretan ni merupakan noktah hidup aku…maaf kepada pengamanah sekalian…klau hanya ‘koma’ dalam satu penceritaan…Insya Allah aku akan cuba penuhi amanah2 kalian…sbb aku rasa seolah2 talian hayat aku dah ‘hampir’ ke penghujungnya….kepada yg mendambakan aku utk jadi suaminya…ermmm klau sanggup utk tunggu keputusan aku …sebab dari segi kewangan saja aku dah alami kerumitan yg berterusan ni…Insya Allah akan aku cuba selesaikan secepat mungkin.