To Share the sour and sweet of my life and my frenzz around the corner
Retrospektif aku dan ’sibuk’ serta ’sedih’…sebenarnya aku menyampah btul bila merujuk kepada perkataan-perkataan ni. Apa yg aku buat untuk deserve ni?…haaa tu la…sebenarnya perkara yg lalu2 telah menunjukkan aku ni…suka menzahirkan kesusahan…kekadang aku terlebih cakap pasal kesusahan aku…tapi kan…ada gak yg kata aku menyusahkan diri banyak sangat utk orang-orang lain tanpa memikirkan diri sendiri…aku ngaku akan kebetulan tu dan aku enjoy sebenarnya dalam membantu rakan2 … aku maybe tak mengharapkan balasan…tapi…aku rasa aku dapat balasan yg baik utk tu… tapi disebabkan masa lampau aku banyak kejadian ‘hitam’ so…ygtu pn aku patut terima balasan seketui-seketui le sebab aku rasa…kekadang aku sedih bila aku membantu sesuatu yg pada mulanya di jalan yg benar dan baik dan aku mengharapkan ia terus begitu…namun ada faktor sampingan yg mengheret satu niat murni ke arah yg merosak…rosak beb, rosak..dan aku terlibat secara tak langsung..apakah hukuman terlibat secara tak langsung ustaz?(yg aku mengaji..klau tanpa disedari…dimaafkan dan digesa tinggalkan, tapi yg mengetahui…haram dan berdosa) jadi…walau aku ni golongan dimaafkan, aku tetap sedih…sebab aku memberikan sepenuh jiwa aku kepada sesuatu yg amat aku benci…sibuknya aku ni memang kekadang sampai oopps terlebih sudah… ada permintaan yg aku terpaksa let go mahupn dari kawan baik… hakikatnya aku balaci kepada sesuatu yg aku golongkan diri aku sebagai hamba dunia, aku masih tergolong dalam org yg takut kehilangan sesuatu, i’m not naked but i nekad utk dapatkan sesuatu,tapi aku banyak teragak2….jadi pengalaman lalu sebenarnya banyak yg payau dari manis…aku kesal pada apa yg aku lalui, tapi hikmah yg diberi juga membuat siapa aku ni terus untuk hidup dan menghabiskan sisa hidup aku…u deserve what u achieve for. klau kita pursue dunia…maka dunia la jawapnya…if we pursue for money n money u’ll get for sure…kenapa for sure..yela…dgn satu tekad utk satu benda…mesti kita dapat walaupn bukan precise …macam aku nak kerja dan gaji …so aku dapat keja…maybe bukan keja impian…and gaji, mungkin aku nak riban2 tapi…seriban je beb…still aku dapat…so camtule jadi …mana diri kita sekarang…apa kita punya tujuan sebenar di dunia ni?…fikirkan balik, dalam kita berkhidmat utk Tuan punya segalanya…yg khalik…adakah benar kita berkhidmat utk Nya atau kita sedang mengejar kepuasan diri… manusia mempunyai elemen nafsu yg liar sebenarnya…dan sukar dipandu…ramai yg salah faham akan terminalogi “nafsu”…kalau kita memerlukan sesuatu yg lebih dari sepatutnya..dah termasuk dalam nafsu tu…jgn dibawa nafsu… klau kita nak habiskan keja kita tanpa menjaga diri kita…itu jua nafsu…nafsu kerja…(ustaz, camna plak klau nak beribadah kerap…adakah itu jua nafsu?)—by the way…i’m not ustaz k…jadi aku tanak jawab soalan tu sebab satgi aku salah cakap naya aku kena bamboo…apa yg aku nak bagitau ni…dari perspektif aku la…pompuan banyak nafsu…dan nafsu tinggi…betulkan…sebab pompuan klau buat benda…mesti banyak2 mostly bila buying, hehehe jgn marah…kekadang lebih dari necessity, so ygtu kena le korang revise balik…sebab berbelanja ni, jgn boros…dan jgn stingy (ketekut)…sebab dalam cite sahabat Rasullullah ..Abdul Rahman Bin Auf kaya…dan beliau berbelanja secara yg berharta secara fisabilillah…so, klau wanita2 sekalian yg dah berbelanja over tu extra nanti klau dah taktau nak buat pe…sedekahkan barang yg elok2 tu…jgn kira fesyen outdated ke hape…sebab sepanjang pengalaman aku…dunia kita berbeda sebenarnya…org yg tak mampu…janji lawa dah memadai…jgn baju dah standard kain buruk kita nak sumbang….kenapa aku bercerita ni…tadak sebab, cuma semalam aku bermimpi yg aku ni salah sorang yg miskin serta bersorangan dan macam mana org bersedekah dan menyumbang kepada aku, aku rasa sangat bahagia dan bila aku sedar…air mata aku mengalir, satu perasaan yg gembira aku rasakan…macam mana nak tabahkan ati nak menahan nafsu…InsyaAllah banyak bersabar dan bertawakal…ada hamba Allah yg Allah kurniakan istidraj dgn harta yg melimpah ruah…adalah ujian utk Allah tgk macammana dia belanjakan harta dan macam mana pensyukuran ke atas nikmat Allah itu…begitu jua bila kita miskin…jua ujian Allah…renung2kan … bila kita sibuk dgn kerja…bayangkan yg tak bekerja…mereka tak punya sumber nafkah utk menjaga diri mahupn keluarga…kita patut bersyukur ada masanya kita sibuk…itu tanda kita bekerja dan sihat…yela, klau sakit teruk, nak bangun dari katil pn susah…kita sedih…kita jua patut bersyukur kita mempunyai perasaan tu sebab Allah memberi kita rasa…klau kita terus ’short circuit’…jatuh mereng…kan kita tak merasa tu, dan kita belajar dari sedih…sebab sedih adalah sesuatu wasilah ke arah sesuatu yg kita kesal…dan kita harusnya belajar dari kesedihan…InsyaAllah ubat Nafsu ialah sabar…jgn salahkan syaitan sebab …bulan2 posa ni syaitan nir rojim ditambat pn, setan yg berupa manusia masih melakukan mungkar…tak kisahle ringan2 ke hape…janji korang buat dosa… nak dalih pe lagi…Lu PK le Sniri…sekian wassalam

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak2 Yatim FMDC Utara dan Muslim Aid Asia.
Dah selalu kita buat majlis menggembirakan diri2 kita, sesekali kita buat Majlis menggembirakan org lain pulak. Setelah perbincangan dibuat bersama kawan2 FMDC sekelian dalam YM dan HP,
Programe yang difinalize adalah seperti berikut;
Tarikh : 26.09.2008 (Juma’at)
Tempat : Rumah YAKIN AL-WADI (Rumah anak Yatim dan Miskin) Mukim Pulai, Kupang Kedah Darulaman
Jam : 4.30 pm berkumpul di Rumah Desa *
Rumah anak Yatim ini dihuni seramai 80 orang anak2 yatim dan miskin dari sekitar kawasan Baling. Bajet min yang diperlukan untuk majlis berbuka Puasa ini adalah RM500, jadik kami memerlukan sumbangan dari ahli2 FMDC sekelian.B agi yang ingin menyumbang dan ingin turut serta berbuka bersama-sama berbuka bersama anak yatim ini , bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM10/seorang ( ini adalah untuk belanja makan anda, tidak termasuk derma ) .
Manakala untuk sumbangan derma pula tiada had nilai yg ditetapkan
Bagi mereka yang tidak dapat menghadiri majlis ini dan ingin menyumbang kepada anak-anak yatim ini , boleh juga berbuat demikian tidak mengira berapa pun jumlahnya .
Program ini adalah kerjasama FMDC Northern Region bersama-sama Muslim Aid Asia ( http://www.muslimaidasia.com ) dan wakil dari Muslim Aid Asia akan bersama-sama kita memeriahkan majlis ini
Sumbangan boleh dimasukkan kedalam akaun Abdul Hafiz b. Abdul Hamid (Apit Pesona senifoto).Tel : 012-5093750 emel : advertise@pesonasenifoto.com
157018655878 - Maybank
12140061388520 - CIMB [/b]
Sila SMS setelah anda bank in; atau YM : duracoza
Tentatif Program
12.9.08 - Pelancaran akitiviti kutipan sumbangan untuk majlis berbuka Puasa.
22.09.08 - Tarikh akhir sumbangan.
26.09.08
4:30 PM - Berkumpul di Rumah En Desa (0194455853)
4:45 PM - Bertolak ke Rumah Yakin Al-Wadi
5:15 PM - Beramah Mesra dengan penghuni2 Majlis.
- Sumbangan duit raya oleh Muslim Aid Asia
- Sumbangan oleh FMDC Utara (jika ada)
7:28 - Majlis Berbuka Puasa, solat maghrib berjemaah.
8:40 - Solat Isyak dan Tarawikh berjemaah
9:30 - Bersurai
Tentatif program diatas masih boleh diperbaiki jika terdapat sebarang cadangan atau input yg berguna bagi menjayakan majlis ini .
Sekirangan terdapat sebarang cadangan sila kemukakan di sini
Jika program Pre-Ramadhan mendapat sambutan yang menggalakkan , diharap program kali ini juga semeriah sepertinya . Amin .
Nak tengok Rumah Yakin -http://travellingmom.blogspot.com/2007/10/rumah-yakin-al-wadi-kupang-kedah.html
anjuran aktiviti ni boleh la nak bgtau kat aku pn…atau terus kepada tuan maklumat yg diberi… tuan yg up kan kerja amal ni …bleh tgk di page dia http://www.silmisulaiman.com/
Peluang beramal ni terbuka tau… bukan terhad FMDC je…klau ada sesapa yg berkelapangan atau nak menyumbang sedikit saguhati Raya…bleh la info kat aku … klau kepercayaan diberi…aku mampu salurkan sumbangan tu on behalf…atau klau korang nak ikut skali pn lagi bagus…klau tak yakin dgn aku…terus kepada website tuan penganjur…sama2 lah kita beramal…
bleh juga usha fotopages aku <<< click je ni
Duit2… di mana kau duit?…. dulu Allahyarham Sudirman ada nyanyikan lagu berkenaan duit…status duit skrg pn banyak jadi hal…ada yg kata duit ni dari sumber halal…apakah terminalogi halal dari pandangan kita?…dari sudut agama atau dari sudut logikal otak? …sudut agama…haram is haram dan halal is halal… tadak yg ditengah ka?…ada lagi yg bertanya…ada yg makhruh dan klau was2 tinggal sebab membawa kepada haram…kan?… Berbalik kita pada duit..duit adalah medium (perantara) utk kita di Malaysia khususnya untuk ‘engage’ atau menceburkan diri dalam satu2 perniagaan..tak kira pasaran apa pn , cam orang kampung cakap…nak kawen pn pakai duit…tu orang kampung kata , apakata orang pekan/bandar…”Pakcik oiii, nak kencing pn kena bayar la” jadi fikir2le sniri…nak masuk ke dalam perut dan darah daging kita pn kena bayar … nak buang segala isi perut pn kena bayar…ingat tu… nak buang penyakit ati pn berbayar tau…jumpa konsultan atau pakar motivasi…nak buang ke…nak tambah ke…duit je…jgn tolak duit, terima je…tapi jgn hanyut dek duit… duit ni ibarat harta dunia…tak ke mana pn…klau ke tempat lain (alam barzakh…mana ada duit dah beb) klau ke planet asing (klau adale) ntah2 diorg pakai sistem barter…mana tau…ok cukup cite duit…skrg cite benda tak patut dan yg aku hangin dari dulu…apadia?…pernah dgr makan duit bawah meja, duit tepi tingkap, duit kopi? istilah2 ni la yg aku hangin ni…aku nyaris dipaksa buat keja2 ni…mana taknya…benda ni macam ‘kanser’ dah menular dalam masyarakat kita…even budak2 skrg pn dah ter’kena’ secara indirect… contoh ekk apsal nak kena contoh?… sebab aku dah cakap kan… yela, cam erti kata saguhati…sepatutnya saguhati ni bersamaan buat sesuatu…dan dapat sesuatu sebagai habuan dan dalam konteks legally (ikut cara2 yg dibenarkan) la kan. yg ni memang dah menular di kalangan penjawat awam khususnya…umumnya smua bidang le…kerajaan dan swasta…yg jadi heran…kekadang depan aku diorg2 ni…terima duit…mostly keja kaunter…maaf le akak…saya bukan budak tadika atau org tak mengaji…klau orang hantar file dekat2 tu diorg bagi pesanan atau sampul surat …adala benda dalam tu… bukan fitnah tapi benda ni fakta kan?…sape makan cili diala yg rasa cili, aku tak..sebab aku posa (hihihi) ambik iktibar bila hasil dari duit2 ni masuk jadi darah daging..ada yg dok bengong sebab pa anak dia jadi bebai…jadi malaun…sedangkan klau di’flash’ back memang dia dok makan duit2 yg tak ketahuan ni la….aku ada tg kawan sorang ni…ekceli my senior le…dah hancor pn hidup dia … sebab kes ni la… dia dok pesan kat aku suruh pesan kat kawan2 len …jauhi benda alah ni… cam cite dia…umo 25 dah naik keta BMW…keja plak..tukang ‘kipas’ dato’…org huluq duit…dia foward kat dato’ suruh calit barang dua TT…dapat sebijik keta… buat lagi dapat ’saguhati’ …bank in takpn percutian…kawen pakai duit hasil tu…dapat anak…pn besar pakai duit tu…kata2 halal haram masuk perut qhelai dipraktikkan sepenuhnya…nak hidup…dia kata benda ni ‘trend’ kepala hotak berjambul sungguh…dia kata bangsa len kaya sebab buat benda yg sama.. yelatu … memandai ja…susahkan klau target nak jadi kaya…tu yg aku ni just target…lepas makan pakai kluarg…diri sniri, mak abah,anak bini(bila ada nantila) so…kepada bakal bini aku… maafla kiranya aku ni bukan orang yg nak kaya…yela klau korang nak laki kaya…bukan aku la orangnya…klau kaya pn…rezeki dari Allah..InsyaAllah perbelanjaan pada duit aku tu akan dibelanjakan pada jalan yg sepatutnya..yela…aku tanak jadi cam sesetengah orang … waktu pendapatan sederhana…bukan main derma sana sini (dalam jumlah yg sederhana la, tapi kerap) …tapi bila kaya …kemain lagi ‘pekin’ duit… tak bersedekah dah…perspektif perbelanjaan duit dah berubah…(kena rasuk duit ni)…ad golongan camni?…uiisshh ramai, dah besa duit sket…skali duit banyak …berbelanja sakan le…kekadang tu belanja duit…utk dapat duit… cam kejar tender berbillion ringgit…klau kena saman speed trap takat Rm300 apalah sgt…ye dak…camtu la…jadi beringat la pada teman sekalian…(kepada diri aku gak ni…yg masih bertahan dikala dikelilingi perihal ‘wang tak sihat’ ni)
Budak2 skrg pn tau belanja ke arah yg tak sihat… belanja camna?… yela, tikam2 smua tu…kira belanja utk sesuatu yg tak pasti…kira salah guna duit gak le tu…judi kecik…(ada ka pulak judi kecik, kecik ka besar ka…judi tu beb…= haram) ni bukan duit kopi…ni judi la.. eh, lari lagi “penekanan” aku…tapi masih dalam konteks duit kan?… okle … so jgn bagi anak2 kecik korang…p men game kat kedai runcit..yg buh duit kat kotak tu pastu klau menang dapat kacang…takpn yg pusingkan tombol dapat benda bulat cam ‘telur’ tu…ada hadiah klau bernasib baik…dulu kawan2 aku dok beli, tapi mak abah aku dah pesan…tak bleh …dan pada masa yg sama ustaz aku pn bg pesanan yg sama… jadi pada pekerja2 yg ada nyaris2 terlibat atau pernah terlibat dalam perihal duit was-was atau duit yg konfem haram ni … balikle ke pangkal jalan tau…tambah2 klau dalam bulan mulia ni dok buat keja tu…isssyyy…bab hutang pn satu hal…klau si A pinjam kat si B dan bila nak bayar balik si B pesan kena bayar lebey…tu otomatik jadi riba’ tu…interest la bunga la…sama je…klau pesan ustaz…yg meminjam tu..dalam kes ni si A bayar lebih kat si B tanpa permintaan si B…mungkin sebab si A ni rasa duit yg dipinjam tu membantu dan membuahkan hasil…ygtu takpa…sebab kerelaan si A dan tanpa permintaan si B … jadi perhatikanla kita sekarang…sistem berhutang pn bleh buat bisnes klau interest cam gampang…cuba tgk janji Ah-Long…”kami Ah-Long kami mau tolong, pak long abang long, klau ada mau pinjam, kami mau bagi…tapi bila mau bayar…cepat la kasi..klau tak bagi…tahu la nanti…” pinjaman tanpa faedah setahun…tahun kedua…150% faedah…mak aiii, jenuhso dah banyak yg aku rapikkan pasal duit ni…so klau korang tak amik pot pn aku tak kisah…smoga aku celik mata dgn isu ni yg mengelilingi aku…dan anak bangsa aku terutamanya korang adalah suspek utama yg membuatkan aku rasa ‘hina’ dan marah sangat kes2 ni…nak kaya carila jalan yg baik…ni calit taik kena aku skali , tu yg aku marah sgt…integriti aku slalu jadi persoalan oleh kaum2 len yg bekerja dgn aku…lebih2 lagi bab submit file / ambik booking utk keja aku ni.
~Fin~ Selamat mengimarahkan rumah anda dgn bacaan Quran dan sesekali yg berkeluarga tu…buat jemaah kat rumah dgn anak bini…cari berkat… jgn kita ke masjid tinggal anak bini kat rumah dok layan tv ja…ajak ke masjid skali…
Salam
…pertama skali…Wow…dah diupgradekan ekk blog friendster…dalam pada ramai kawan2 aku mula membuka dot.com sniri …aku masih dgn kerja malas aku…guna yang siap dibina je…;)) aku ni malas dah nak ngaji balik cemana nak buat webpage smua …sebab teknologi dah semakin maju…nak kejar pn tak terkejar…atleast aku ada blog kan…sebab aku kekadang klau ada mood aku suka menulis dan bercerita…tambah2 klau nak kongsi pengalaman…I like… ok friendster berwajah baru?…ada komen?…
Ermm …At first sight it would be a new thing for me though… I never thought friendster would update their blog session to accommodate new stuff in it…I mean more widgets ability and for sure I don’t have the slightest idea on how to start to operate this new type of blog…yeah for sure many things on my mind right now…I need to attach many things such as shoutbox or solat time … really widgets on…yet I always stick to simplicity in the early days when I left my blogspot …due to my forgetful mind …i kinda lost the username and the password …but, to have friendster built this blog site…I kinda relinquished my thought of holding on my belief to old method of sharing…blogging is sharing more people can share my thought and experience and more heart can be touch . … I think its better for me to stop here,as there are many things for me to familiarize first before I embark on a journey in blogging …cheers
Selamat Berpuasa dan prepare apa yg patut…mungkin ada yg dah start buat baju atau beli baju raya…aku?…ntah le..ingat nak belikan baju raya buat adik2 aku…dah bertahun asyik tadak baju raya…nak gak buat something special utk diorang tahun ni…cheerio…nak tdo dulu …memalam ni asyi karang blog plak aku ni…
Apa kata kita flashback sket zaman kanak2 Dumex dulu…agaknya aku membesar bagai johan dengan Dumex kot…ntahle…disamping ’susu cap gantung’ off course…aku tak dapat nafikan aku ni memang nakal gila dulu…(skrg pn nakal gak…nakal cara dewasa la) tapi bebudak skrg bukan nakal je, jahat kemain pn ada…klau yg kecik tu meronda tgh malam tanpa haluan naik basikal…jgn terperanjat klau dah besar nanti bleh jadi mat rempit…klau aku dulu malam naik basikal..pegi kelas malam,kelas mengaji ke hape…tapi meh aku cite kan tentang aktiviti aku bulan Ramadhan dulu…klau dulu, masa berlalu pergi agak lama dirasa..tak macam sekarang…dunia mula bergerak pantas, masa mula berlari dan tak terkejar kita, makin lama usia kita makin bertambah, banyak perkara yg masih kita tak dapat selesaikan dan ditambah perkara baru setiap hari…’kalau’ dulu aku menghargai setiap peluang yg aku ada…mesti aku dah jadi seorang yg lain, dan mungkin aku tak lalui jalan yg aku lalui sekarang..sebab tulah…ustaz aku cakap haram kita ber ‘kalau’ 2 ni…yela seolah2 kita tak menghargai perancangan Tuhan terhadap kisah hidup kita…sesuatu yg berlaku mahupn baik atau buruk ada hikmah disebaliknya…kita seniri harus sedar dan singkap perkara yg tersirat tu…alamak aku lari topik lagi…camnila aku ni sebenarnya nak cite kisah aku nakal2 dulu zaman Ramadhan…camne nakal aku skalipn..aku tak tinggal posa dan saja2 buat tertelan air sambil2 mandi…tak aku tak buat, sebab aku nak belajar camne rasa puasa..dari kecik lagi aku posa bukan sebab mak bagi duit raya lebey kalau posa…tertinggal..ada le sebab sakit, kecik2 dulu aku memang kerap sakit, ada kena buatan org dan ada yg aku sniri carik sakit, okla…perkara nakal yg aku buat zaman kecik2 dulu, memula…aku ejek org yg takleh posa sampai nangis…kejam kan..yela budak lagi…pastu aku ni slalu main sampai flat…kekadang nak berbuka pn aku dah tak larat nak makan..tu yg kecik2 aku kurus tu…main lebih…makan kureng… malam bulan Ramadhan ni menarik, klau malam, main mercun tu wajib le…aku berhabis duit simpanan sebab beli mercun tu…bunga api?…apa kelas, bodo2 aku beli mercun bawang ke,mercun tarik ke, baru masyukk…yg bawang tu klau letak atas kerusi pastu membe duduk dia meletup…memang best…cam letak paku payung le atas kerusi…masuk hahahaha(gelap kijam)…mercun ni memang menarik, kat umah klau main mercun, mesti yg best2 dulu2 macam2 mercun yg masyuk, cam mercun gasing,telur naga,papan,mercun roket…ygtu thunder-clap la yg hebat singgit 2 kupang tu….pastu mercun bom,mercun bola,mercun katak(sebab bentuk cam katak) mercun pom-pom(yg batang panjang bleh pegang sambil tembak tu)..kat kampung…layan meriam buluh, meriam tanah (time tu apek juai karbaid seronok gila, org beli buat peram buah,kami beli buat meriam kabad) yela dah raya…takkan nak main tarik upih tak pn cak-plom…apa kelas…sedikit info klau korang beli tembikai pastu merah isi tembikai tak sekata kekadang tu dan tak manis…tu kira peram kabad le tu…nak bagi cepat masak…very bad quality….kami ni main mercun tahap extreme…tambah2 perang…pergh hangat tu..tiap2 kali siap roger geng tu…time tu la korang nak tgk creative ke tak…kekadang batang kaki payung pasar tani tu jadi bazooka…letak mercun roket…pastu tembak la…mercun2 ni jadi bom.. paling seronok letak mercun tebuan banyak2 dalam satu bekas…kemdian bakar… berterabur ‘tebuan’ tu kluar…mau berlari…
Ada satu keadaan…sblm tu…umah aku ni tepi pantai dan alkisahnya banyak pokok rhu ni ada dahan condong..klau korang nak tau dah brapa kapel mati kena panah kilat, dah brapa pokok rhu tumbang sebab kena panah…ok berbalik pada cerita, pada suatu malam Ramadhan…kami selesai buat 8 tarawih tu…pastu cabut la perang mercun, alkisah plak malam tu tak jadi ‘lawan’ sebab bos geng lawan demam … apa punya turrr geng jahat sakit…so kami pn lepak kat ronbot(round a bout) tepi pantai tu sembang2 juah(zaman tu basikal BMX la sembang) ada macam2 upgrade freestyle,pro master perghh zaman tu kemain lagi ‘up’ basikal…pakai rim aloi kaler maler la,pastu tengkuk yg wayar brek masuk dalam…baru bleh weeley buat scorpion, alamak terlanjur plak…okla berbalik waktu lepak ronbot tu, kami nampak ada sejibik moto ni tadak tuan…pelik bin hairan..so kami p la dekat, dengar suara tapi orang tak nampak…membe aku ni dah mula nak cabut,pastu seb baik ada sorang ni ‘cerdik’ sket..dia pn cakap…mak aku kata bulan posa mana ada hantu, hantu kena tambat…takat tu ja yg dia cakap…aku plak perangat lagi mamat yg takut ni…aku cakap yala tambat..kat mana?…klau kat sini kena tambat…huahua hua…kecik2 aku dah suka nyakat orang…ntahla, maybe sebab Allah dah bagi keberanian ni yg aku kena rasuk kecik2 dulu…apa yg nampak..ya..ataih pokok ada kera dok main2 (org tgh beromen, bak kata org dulu, klau kita, orang merendek la..hihihi) aku dgn senyuman nakal (korang bayangla sniri camna tu) , roket dah ada…apa lagi, tala baik punya kat mangsa…kami pn cucuh roket tu….piappp..badabim badabom la
jatuh 2 ketui nangka busuk…cabutss…kami kena ligan dek mamat yg hilang ’stim’ tu …kacau daun sungguh kami,… hadoila…pastu selesai kaco kapel tu…kami balik ke surau … org dah solat witir…sampai je org duduk tahiyyat akhir, kami pn join… siap bagi salam sama imam tu…selesai…pastu moreh time…solat tarawih buat 8 pastu join kat tahiyyat akhir witir …hehehe…mesti ramai cam aku kan…ala… korang tanak ngaku ekkk, tak kisah…okla takat tu je aku cite, malaih nak ngarang, nak tdo…sok kena bangun sahur pastu g keja plak…dah dewasa aku skrg… dah keja pn…nanti nak kena bela anak bini plak…camna la tu… wahai kawan2 yg dah kawen skalian…jgn pandai buat anak tapi tak pandai jaga…sebab anak2 skrg sangat lah fragile dan menghadapi kesusahan disebabkan sekeliling kita dah makin ‘parah’ …renung2kan…dan selamat beramal…(ambik tag Prof Izi plak)
Aku malas karang blog walau aku ada blog…kejap …standard aku menyimpang dari tajuk …sebenarnya ada gak yg tanya …thru PM,YM dan ehem ehem…sebab apa banyak cite yg aku dah lalu tapi aku tak blog kan…yela, wedding orang aku shoot, By Election P44 aku shoot, penamaan calon aku pegi, dan terakhir jumpa geng2 FMDC …fuyooo ygtu nanti aku post…dok tgh describe dgn perkataan, yela…jumpa ramai photog tersohor di Utara…ok we’re back in business…
Ramadhan…satu nasib tak serupa, peluangnya sama, natijah berbeza, Ramadhan mereka gemilang cemerlang, mukmin berjasa, di awal zaman, Ramadhan kami, malang terbuang…muslim berdosa, di akhir zaman…mereka gembira, dengan kedatanganmu, kami gembira, dengan pemergianmu…malam mereka meriah…di simbah Nur Al-Quran tapi malam kami, muram berkabung dengkur…mereka berlumba mengejar makrifat tapi kami lesu diburu nafsu…Takbir mereka,takbir kemenangan …hadiah mujahadah sebulan Ramadhan, takbir kami …lesu tak bermaya…tanda kalah , lemah tak berdaya, puasa sekadar lapar dan dahaga…
cuba kita hayati tgk bait2 nasyid ni…aku rasa memang betul kita ni… puasa ni kita sambut dgn tak makan dan minum…pastu g solat tarawih …ada yg bila kita tanya…apa kebaikan bulan Ramadhan ni, ada yg cakap posa le sebab bleh sepp sket makan minum, … eh yeke, camtu plak jawab…kekadang tak pn…cuba tgk yg berbelanja sakan beli juadah berbuka dan sahur…kemain lagi berbelanja…bulan Ramadhan ni bukan sebab posa je la kawan…utk aku yg kurang arif ni (bukan Ariff Shah ok) puasa tu salah satu bulan yg ada barakahnya sendiri bilamana Allah jadikan satu2nya bulan yg menjadi platform utk melatif diri kita dari segala macam perkara, bukan puasa ja…juga nafsu kita ( bukan batin ja k) … sepatutnya btui cakap sesetengah orang tu…puasa patutnya belanja harian kian kurang, bukan bertambah, ala2 kadar je…makan tu beringat…beli sket makan pn sket…lapik perut, ajar perut tu ber’diet’, klau beli banyak makan tak habis (bukan makan sikit) jadi pembaziran…membazir tu sahabat setan nirrojim… pastu ‘nafsu’ manusia ni bukan takat makan je, nafsu tu nak mengata atau bergossip…klau bleh elakkan,gossip mulut,telinga dan mata… mulut sah2 klau dah bukak cite ye dak, telinga…klau teringin nak dengar tu pn dah kira subahat…ye dak, mata..ni ha…klau baca blog ngumpat, ym pn tak habis dok kenen sana sini, takpn klau ada email yg kemain tajuknya cam …gambar panas anak pontianak…perghhh tak sempat2 bukak…jgn terkena virus dahle…yela…aku tak cakap lelaki, yg pompuan pn sama…tambah2 yg suka dok jaga tepi kain orang ni…jaga je…jangan sampai perkara dalam kain orang korang selak … tu je la pesan aku yg kureng arif ( masih bukan Ariff Shah tau) ni… nanti entry akan datang…tajuk stereotype bulan posa… kisah zaman kanak2 dumex dulu (aku dah cemuih guna kanak2 ribena dan kandos… so dumex la plak, takkan Ovaltine…aku tak suka, aku suka Milo)…
SeLaMaT BeRpUaSa DaRi RaFiQuE , SaLaM RaMaDhAn