Dec
31
Filed Under (Activity, Travel, cite2 je) by rafique8 on 31-12-2008

Al kisah ke Bali…. Mulanya dgn rancangan disusuli dgn tindakan…mengumpul duit dan mengumpul ahli …selesai… plan jalan…sebenarnya tak best  sgt bagi aku ke Bali…maybe sebab bukan minat aku pasal  ’temples’ atau SPA’s…tapi still enjoy the fascinate Bali experienced. Klau next time  ke Bali…aku nak ke bahagian utara yg less hassle dan ada gunung2 berapi dan bleh tgk ladang2 kopi dan teh serta sawah bertingkat yg lebih obvious….di kawasan selatan yg aku kunjungi ni lebih kepada pekan2 dan bandar2…

Kuta City from the aeroplane

Kuta City from the aeroplane

sampai ja mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai…kami pn cepat bergerak ke area kluar sebab touchdown kapalterbang agak lewat sbb cuaca kurang elok on the way tadi…

Pemandangan dari tingkap kapal terbang

Pemandangan dari tingkap kapal terbang

dalam berlari nak clearkan visa on arrival dan segalanya…ada yg sempat ke kamar kecil… melabur saham dulu…

yuk...ke sini dulu dong

yuk...ke sini dulu dong

dah selesai smua perkara…kami pn di sambut oleh tour guide kami Kasudin Tan…dan disediakan kami cewek2 bunga bali….

Bunga2 Bali - Bukan Bunga Citra Lestari

Bunga2 Bali - Bukan Bunga Citra Lestari

Satu group photo on arrival

As we touchdown we gather n huddle to receive kalungan bunga

As we touchdown we gather n huddle to receive kalungan bunga

After that … kami naik bas dan terus begerak ke Pekan Kuta …dari Denpasar utk kena SPA…sblm singgah ke Centro (pusat beli belah di Kuta)…kena SPA aku terasa segan gile… bila masuk je kat SPA tu… ada la tukang urut kaki…  best … dah lama tak kena urut kaki…bab urut belakang badan ni aku dah start maleh… tambah2 bila ayatnya… pak bisa tukar ya pakaian … ini cerutnya dan ini sarongnya….haiyyoo …rasa macam kat Siam la plak..opppss terkluar plak… kemain lagi tukang urut tu tonyoh belakang aku,…abis berminyak rasa…yg best kat ctu adalah treatment Ear Massage…buang segala kotoran dalam telinga. lepas2 habis treatment pekena plak teh halia…aku try la korek2 telinga (sungguh  tak senonoh)  tadak kotoran degil rupanya…pastu kitaorang gerak plak jalan ke Kuta Town…ke centro…no komen…macam supermarket kat Malaysia ja…tapi waktu kitaorang sampai ada live performance depan tu…

Live show in front of Centro, Kuta

Live show in front of Centro, Kuta

Sun begin to set at Kuta Beach

Sun begin to set at Kuta Beach

Me @ Kuta Beach

Me @ Kuta Beach

Kagilaan hot Sales di Centro

Centro Hot Sales

Centro Hot Sales

lepas habis melilau… kitaorang dinner kat kunyit bali restoran(malas letak gambo…kami ambik sajian Indonesia dan bukan Balinese cuisine yg ada babi golek)… pastu kami balik ke penginapan Athena Garden

Tempat Penginapan kami sepanjang berada di Bali

Tempat Penginapan kami sepanjang berada di Bali

~:.: Berenti kejap….sambung di tahun 2009 :.:~

Saja nak masukkan pre report ke Bali…dgr kata tempat yg akan aku lawati ialah Depansar,Kuta,Jimbaran, Ubud dan lain2 …. sok aku akan berangkat pukul 7.15am dari Penang ke KL dan KL  plak 9.50am dan dijangka sampai pkl 12.50pm di Depansar…. so nantikan report Bali dalam Diari Rafique : Bali Badaboom …

Dec
23

Terasa cepat sungguh masa berlalu dan jemputan untuk kembali ke sisi Nya ternyata nyata dan hakikat yg tak dapat kita tolak…datangnya nyawa baru ke muka bumi disulami pemergian insan yg sudah lama berkelana di muka bumi milik Nya…harini tanggal 23 Disember 2008 bersamaan 25 Zulhijjah 1429Hijriah … termaktubnya tarikh pemergian nenek Rahmah yg berpangkat moyang kepada aku

Nek Rahmah dalam kenangan

Nek Rahmah dalam kenangan

Tak sangka rupanya aku bila raya yg lepas merupakan kali terakhir aku sempat menjenguknya di kediaman Tok Cik Chen aku (tok sedara aku).

Takziah dan semoga roh beliau dicucuri rahmat

Takziah dan semoga roh beliau dicucuri rahmat

Sebentar tadi…aku bergegas pulang …dari tempat kerja… ingatkan nak join jamuan Krismas kononnya….aku dikejutkan dgn panggilan pertama dari abah aku…”Nak pi tengok nek tak? dia jatuh…”…sentap jugak aku…”ok on the way balik Mail singgah…” perbualan dirumuskan dgn kesimpulan aku akan ke rumah tok cik Chen aku..utk melawat…tapi panggilan kedua terus membuatkan aku bergenang air mata…Nek Rahmah dah pulang ke Rahmatullah … smoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin Insya Allah … terngiang2 lagi kata2nya ” anak2 ada yg dah mati…nek tak sampai masa lagi… bila ntah nak kena panggil” ..tiap2 kali aku dgr kata2nya seumpama itu…aku sekadar senyum dan cakap… nek nak kena tgk anak cicit nek ni dulu… tak sangka aku selaku cicitnya tak sempat nak tunaikan hasrat tu… Nek Rahmah.. insan yg aku kagumi…pemberian Allah kepadanya sangat menakjubkan … kepanjangan umur yg mencecah seratus lebih diikuti ingatan yg masih kuat… tak mengalami nyanyuk semasa hidupnya cuma penglihatan, pendengaran dan fizikal yg makin lemah.

Aku terus balik ke rumah dan bersiap serta bertolak bersama keluarga aku ke kampung aman utk menziarahi mayat… selesai solat Isyak…kami bergegas … di sana smua pak dan mak sedara aku berdekatan dah hadir…tok dan nenek sedara jugak ada…tahlil ringkas dibuat diikuti bacaan ayat2 suci Al-Quran bersebelahan jenazah…jenazah yg terbujur kaku masih suam2 badannya kelihatan bersih air mukanya … terharu aku …namun aku tahan … tatkala jam 12 am …aku bergegas balik dan mengarang blog ni sebab aku tanak memori ni luput dari ingatan aku  dalam jangka masa terdekat… skrg aku akan tidur dan esok aku akan pergi bersama abah aku utk proses membawa jenazah ke tanah perkuburan dijangka pkl 8/+ akan dimandikan …. Al-Fatihah ….

Apa ekkk persoalannya?…ya …lawatan balas…pernah kita tgk kawan2 kita yg dah berkahwin terus menyepi?…agaknya mesti ramai yg sedar kan…maybe sebab komitmen dan kehidupan yg berbeza menyekat kebebasan mereka.

PERSOALAN : ADAKAH KAWAN2 AKAN MENGUNJUNGI KENURI KAWEN AKU KELAK SEPERTIMANA BERSUNGGUHNYA AKU MENGHADIRI KENURI2 DIORANG … gawat persoalan ni…aku ada tgk kawan aku ni…kesian pn ada…dia antara manusia yg paling komited ke kenuri kawan2…sampai dia kawen pn dia masih, ngak kabur aja…dulu waktu aku menghadiri kenuri nya…sedih gakle…kunjungan balas kawan2 macam kureng je…kad diedar sendiri by hand … tapi masih kurang kunjungan…baru2 ni aku ada ke knuri seorang lagi sahabat….dan dia yg aku maksudkan tadi juga hadir… ada perkataan terucap dari mulutnya yg agak menyengat telinga aku …”Iskh…nape ekk knuri aku dulu tak ramai cmni kengkawan…dahla dulu aku kemain baik dgn diorang dan aku bagi kad by hand pn diorang tak datang…diorg sanggup pegi kenuri org lain yg jauh…” ayaksss…. baru aku pn terpikir…aku yg rush ke hulu ke hilir hadir knuri kawan2 kawen ….(yg tak sampai tu … maaf…mungkin banyak sebab yg menghalang, klau korang kenal aku,mesti aku cuba sedaya mungkin ke kenuri korang..) yala…aku ke melaka nak makan knuri…agak2 korang bleh trn penang tak utk knuri aku…aku ke perlis hadiri knuri korang agaknya korang sanggup tak hadiri majlis aku…yg in between Melaka dan Perlis lagila…yg aku tak sampai knuri korang tu…maaf dipinta…klau korang nak ‘balas dendam’ tanak datang pn aku tadak hak…tapi orang yg aku hadiri knuri korang ‘beware’ jgn plak tak berusaha utk datang…usaha disertakan dgn InsyaAllah (dgn izin Allah) kena berusaha utk hadir…jgn skali2 melafaz InsyaAllah nak buat klau di hati konfem tanak buat sesuatu benda…walimatul urus supposed to be fulfill … klau dijemput….aku pernah p beberapa kenuri thru jemputan rambang…kat community atau jemputan sms …buat yg tak jemput aku directly tu dan aku hadir dgn susah payah…kenang2kanlah usaha kami ni…(cam desprate plak bunyi kan?…) muka pengantin pn bleh jadi kelat klau kawan diorg tak datang di hari berbahagia diorang…mungkin seorang dah cukup, tapi klau ramai lagi meriah… buat yg dok tanya bila aku nak kawen…nanti aku jemput jgn coba dolak dalih…yg paksa aku pegi knuri tu…aku pn nak paksa korang buat kunjung balas… fuhhh lega lepas luahan ni…

sblm wrap up….agak2 korang …knuri elok buat di mana?…dewan/ hotel/ rumah? jawab le pembaca sekalian …tolong aku buat perancangan masa depan …. tak kawen lagi aku masa2 terdekat ni …tapi klau nak berkongsi aku pn nak tau… sekian…banyak lagi persoalan sebenarnya

Sudah sekian lama aku tak ke pesta pulau pinang….beberapa hari yg lepas…selepas waktu keja…(tapi aku coti….bukan cuti datang peyed tu la ngong) …so alkisahnya aku kluar utk pegi pesta…ermmm dah bertahun2 aku lepak anak muda tak pegi pesta… at last…ada kaki nak melayan pesta… janji mula dgn si stador,princess, dan sopix …errmmm so aku pn mula mengorak langkah membuat janji dgn stador…Lepastu si bokeh ada problem… kecian dia…so aku

A cup of frap @ an urban kopitiam

A cup of frap @ an urban kopitiam

pn teman dia selesaikan masalah dia.I knew the problem dia boleh handle…tapi layan dulu toffe frappuchino lepas tu…dah lama tak pekena frap tu…last time pn ingat nak minum sebab lepas sembang dgn yaya kat ym…tapi tak pernah jumpa dgn dia dan minum kopi bersama…dgn stador dah…dgn princess pn dah dan dgn cibil pn dah…ramai sungguh kawan2 aku minat lepak kopitiam nih…. klau dulu macam2 sarcasm ttg lepak kopitiam ni…sedangkan aku dari kecik melepak kedai kopi…aku suka bercerita dan aku jugak suka tgk orang yg melayan cite aku. ok ok berbalik pada cerita aku. Plan asal adalah mengunjungi pesta pulau pinang…it’s been years since I visit this place…some say a bundle of joy can be found here… maybe la

up for grab ... gigantic Teddy Bears

up for grab ... gigantic Teddy Bears

sebab klau bawak family banyak benda nak ditengok dan bagi anak2 atau cucu2 main…klau yg dgn awek tu…nak tunjuk ‘terror’.. nak hadiah satu teddy bear besar bleh gak.

This fellow ...intro as Mac... been at the pesta since evening till night, very dedicated

This fellow ...intro as Mac... been at the pesta since evening till night, very dedicated

Kat pesta kitaorg jumpa New2mac from Flickr@Penang dan shoot la gambo gusti … seb kureng baik sebab bleh tgk dari angle g satu (aku memang buta angle sebab kalut je nak sembang).1/15 shutter speed f4.5 @ 25mm ISO 800 crop n no further edit n no flash (suckz) using 18-200mm OS 3.5/6.3 Sigma 1/15 shutter speed f4.5 @ 25mm ISO 800 crop n no further edit n no flash (suckz) using 18-200mm OS 3.5/6.3 Sigma. Seronok sama tgk bebudak ni memain mainan extreme, apa ke nama ntah?….

fear generator mean machine....tak brani nak try aku nih

fear generator mean machine....tak brani nak try aku nih

the mean machine....ada brani?

the mean machine....ada brani?

Fast n furious...hit n run ... touch n go...simply wrecking momentum havoc

Fast n furious...hit n run ... touch n go...simply wrecking momentum havoc

dah abis tu aku lepak ja pdg kota…(sebenarnya terleka di pesta…niat nak ke batu feringghi utk beli VCD2 bajingan dah lewat…so postpone lew)…so off we went to… Esplanade aka padang kota…sesaja berenti shoot gambo

bulan seketul...takde banyak ketul

bulan…sengal gak aku ni bab nak gak shoot dgn 18-200 f6.3…i try… janji aku tak guna 50mm…hua hua hua. lepas abis shoot bulan ,… mende lagi…balik tido la…mau keja keesokan hari…balik ngantuk dan tidur…dan sedia bekerja sebaik mungkin…..

Ermm kawen … sunnah tu untuk umat Islam dan digalakkan bagi setiap agama di dalam dunia ni … kenapa? … yala, meramaikan umat … tu yg laki dibolehkan berpoligami dgn berkuota kan empat wanita dgn syarat adil kepada setiap isteri-isterinya dan berkemampuan … tapi tu bukan tajuk yg aku nak gebang2 kan… persoalan yg nak dirungkai ni ada kaitan dgn aku dan mungkin bujang2 di luar sana yg masih bujang atau yg dah nak menikah … Apa dia tu? …

Kalau bujang-bujangs di sana (sapa2 saja la) yg nak kawen … perkara ni memula harus nak diberitahu kepada siapa? yela klau nak kawen tu … contoh penceritaan ialah … bila nak kawen org pertama mestilah si calon kan? … ataupn mak kita sendiri? so? … mana dulu .. mak sendiri atau si ‘dia’ yg nak kita sunting tu? persoalan mula tu… dan pada masa yg sama … siapa yg kita tanak bagitahu… ada ka? …misal kata korang ada awek dulu zaman keja/ngaji dan masih berkawan … korang nak bagitau dia tak yg korang akan berkawen? … kenapa tajuk ni boleh aku bangkitkan? … aku ada satu cerita ni yg mungkin sama dengan kisah sesiapa saja yg baca blog aku ni … tapi aku tanak pin point le kisah ni dari siapa untuk siapa sebab ‘kawan’ aku ni punya cite dah selesai dan dia dah berkahwin…. begini ceritanya >>> V

Kawan aku ni zaman skolah dulu dia memang masyuk bercinta sampai zaman U pn masih couple yg sama…kluarga si awek dan balak ni dah ngam gile … kira klau ke rumah si awek makan nasik tengahari tu pn dah tadak masalah, dah jadi tetamu pn…camnila aku namakan si awek tu H dan si balak tu M ok? … Initials ni tadak kena mengena dgn nama ‘kawan’ aku ni dan kawan aku ni si M tu… ada kisah yg sama tapi kawan aku si wanita… ni kisah si lelaki yg aku bagi nama M …bukan nama sebenar … ok sambung cerita … baik punya baik …kira bertahun la dan dah kenal hati budi …janji utk disatukan pn termeterai … bila mana kluarga si wanita tak menolak tawaran si M…tapi … bila persoalan utk pertunangan melalui telefon … parents si M terkaget bilamana kluarga si H tak bagi kata putus dan suruh si M sendiri bertanyakan hal ini kepada H… “tiada jodoh” … alasan yg si H bagi … di atas sebab “istikharah” katanya … (kisah ni ada kaitan gak dgn beberapa org yg aku kenal … jadi jgn dok perasan ni kisah dia…sebab aku ada skip sket part2 yg tak sepatut cerita dan agak merbahaya klau diungkapkan) so sekian kisah mereka berdua … yela dah si H tanak kawen dgn M dan si M tu … kesian kat dia kan? … keadaan tu berterusan sampai ‘break’ sebab…si H dah nak berkahwin…pilihan siapa? … haa yg itu kita tak tahu. skip la beberapa tahun kemudian … oleh kerana gentleman nya si M ni … diorg berkawan lagi … as a friend katanya …ntah la macam mana status tu… sebab maleh nak korek … bila saja beberapa bulan sblm ni si M call dan sembang dgn aku … dia tanya ” Fiq, ko rase kan … aku nak kena kasik tau sape ekk aku nak kawen ni? … aku ada jumpa si S ni, dan aku rasa dah tiba masanye aku nak tamatkan zaman bujang nih…”

(mode perbualan)

Aku: eh, ko jumpa minah tu katne? …

M: mak sedara aku yg kenal kan…sama opis katanya..dulu

Aku: oooo, ko dah jumpa tak si S tu?

M: dah dah … aku rasa dah sampai seru kot aku ni, dan aku ada sembang dgn si S, dia pn tadak masalah dan sudi…

Aku: (dgn pendapat yg selamba) bgtau je mak kau yg korang dah sedia nak nikah (maklumla…kawan aku ni duitnya ada cuma calon nya dah kawen dgn orang len)

M: tapikan bro…perlu tak aku bagitau H dan ajak dia ke knuri aku nanti?

Ok…kat sini plak aku nak ceritakan perihal si H dan parents si M ni … Alkisahnya…selepas kes tak jadi bertunang tu (tak jadi ok, bukan putus tunang tau) hubungan cam besa la…parents yg asalnya dah beria sgt selepas tau anak teruna tu nak kawen…excited gile, perancangan dah siap diwacanakan, adik beradik pn dah di assemble kan utk masuk merisik skaligus tunang … dahtu tak jadi…konfem malu si parent M ni dek adik beradik yg terlibat…kecik ati dan sakit ati melanda bila si M mintak si H sndiri telefon mintak maaf dan bagi reason…sebab terpaksa … tapi …H tiada susulan … jadi parent si M agaknya rasa macam gantung tak bertali..terus menerus menjadikan si M sasaran … dan si M pn yg sudah melayari perhubungan bertahun2 dgn si H merasakan rugi klau ia ditamatkan terus…lalu merasakan perhubungan ni hanya diteruskan sebagai seorang sahabat … even knuri si H … si M hadir ke knuri selaku ‘mentara’ sebab si M memang dah baik sgt dgn kluarga si H…kluarga si H masih menerima kehadiran si M sebagai sahabat keluarga … meskipn parent si M dah kecik ati dan ‘dingin’ dek cerita si H dgn anak diorang … so … berbalik kepada dialog :-

Aku: alamak…camne nak jawab ekk…aku pn tak tau la …

M: aku serba salah ni…sebab mak aku tak tahu yg aku masih baik dgn si H dan pada masa yg sama mak aku macam dah ada ‘benci’ kat si H yg membuatkan dia rasa malu dan aku pn ter effect gak … ko kan tahu sakit aku kan bro… ( si M ada penyakit depressi dan seringkali klau jiwa tak tenteram, dia kena telan pil yg dipreskripsi kan oleh doktor dan dia terpaksa masuk kelas utk ketahanan jiwa)

Aku: susah la bai…aku pn ada masalah yg aku tak tau nak selesaikan … ko ada try tanya org len tak?

M: Bro … aku tak mention kat sesapa pn lagi hal ni … masalah aku… aku takut mak aku cakap kali ni pilihan tak kena lagi…mampus aku kena hamput lagi… aku tanak mak aku terluka dah…tu yg aku relaks je bertahun ni …

Aku: bro…c’mon tu kan auntie ko yg kenalkan…dan mak ko pn dah tau bila auntie ko cerita…pada masa yg sama ko dah tua beb … bila lagi…dahle, jgn pk banyak … mak ko pn dah makin tua dan tak bercucu lagi…so apalagi.. peluang bukan slalu…nak harapkan ko cari ganti … jgn harap le…trust me…i’m there

(cite ni tadak kaitan aku melayan lagu Irwansyah - Ku tunggu jandamu tau, ahaks …aku pn akan berkahwin … tunggu je la aku mengecewakan peminat2 aku …ahahahaha … apadaaa…ingat aku ni Mawi atau Anuar Zain ka … ntah sape la minat kat aku…perasan, podacait)

So…aku gantungkan perbualan tu kat ctu , dan si M dah kawen … dan si H tak dijemput … maybe nak jaga hati parent dia sniri (M) …ntah le dia kaborkan kat si H atau tak…aku d ctu dan si H takdak kelibat, walhal kawan si H ramai hadir … yg aku tau memang si H tak dijemput…bukan sebab dia tak hadir … dan dgr kata si H dah pn memperolehi anak … pompuan katanya … aku?…aku kawan dgn si H … tapi aku jenis tak amik pot sgt kisah diorg ni…yela…kisah aku pn tak sempurna dah nak kaco cite orang …sori mori le … jadi persoalan dan kesimpulan yg aku nak dari pembaca2 blog ni … tolong aku dan bagile sedikit nasihat yg aku dapat buat panduan kelak …bila aku nak kawen…

Kalau aku nak kawen …sape yg perlu tau dulu?

1) si DIA yg nak disunting

2) kluarga si DIA (dgn erti kata merisik le)

3) mak aku…atau kaum kerabat yg lain ..

4) abah aku…

5) kawan2 aku…

6) Ex- aku???? kena bagitau tak?

Lepastu,

ada tak pendapat utk diberi…should or should not kita menjemput ex kita ke knuri kita…tak kisah le klau si ex tu apa statusnya …dah beranak bini/laki atau masih single dan mencari … dan apa jua kisah tragisnya…pengakhiran break sebab tak sehaluan atau hanya persoalan tanpa punca… tapi masih berkawan … ex dan kita …masih berkawan…camna nak jawab persoalan ni … klau kes yg sama berlaku…jika ibu bapa kita dah agak ‘dingin’ dgn ex kita….dan jikalau persoalan ni tadak kaitan dgn parents plak camna …

Tolong bagi panduan smoga dapatla aku ni mengambil panduan… utk para senior (yg dah kawen) bleh bagi pendapat dan yg se level (bujang dgn apa jua status berpunya atau belum) boleh juga berkongsi idea … tapi jangan yg hantar resume (pinangan kat aku) dahla … sebab bukan masa yg seswai skrg ni utk aku, maybe akan datang…bila? … ia akan di inform… so tolong saya ? dan bleh dijadikan bahan kongsi utk smua pembaca sekalian …

~ Fin ~ btw , Mawi dah nak kawen …aku tak lagi tau …jgn ada dok buat cite aku ni duda …

Apa kes ni?…kes malang di malam yg tak berbau…tau nape?…camni citenya…ekceli… baru beberapa hari sblm tamatnya bulan November ritu… aku ada la plan nak lepak QueensbayMall dgn seorang membe…you know who you are bak kata omputeh…hehehe…so lepas keja …aku meluru la nak ke QBM(abbrevation je aku guna ekk) baguih dok ada aku memecut kenderaan yg dibeli pada 1989 tu…skali ‘dia’ buat hal lagi daaa….memang le bak kata shasha pada posting aku yg lepas kena mandi bunga…ada malang sket le kunun…takpn ujian … ceritanya macam ni…aku keluar dari ofis dalam pukul enam lebih nak ke QBM…plan nak tgk wayang…so begini lah cerita…on the way ja…kereta ni mati enjin di tengah2 keadaan aku sedang memecut di lane kanan…alamak… cuak aku dibuatnya…dgn slambe aku kasik signal ke kiri dan aku gunakan momentum pecutan aku tu utk driftingkan (drift ni bukan cam org dok main tu…drift ni aku meng’hanyut’kan kereta aku tu la) kereta aku ni ke bahu jalan, maunya telinga aku makan hon2 pemandu2 di belakang…mesti ada yg maki hamun aku…nak buat camna….sampai ja kat bahu jalan…aku memula cari manual dan cardholder aku…ALAMAK…aku terlupa…semalam aku vakum keta, so menda alah tu smua aku dah keluarkan…dan tak simpan balik…alamak..so dgn berat hati dan tebal muka dan telinga…aku call la kawan2 yg berdekatan, dgn harapan ada ruang utk minda aku nak fikirkan apa yang nak dibuat,dahla waktu tu situasi agak tegar bilamana waktu orang berpusu2 balik dari kerja… orang pertama yg aku call…si Stador…tadak jawapan…kemdian si saupix…aku mintak dia carikan aku no towing/mekanik, pastu si Diana…pastu abah aku… dan last but not least kawan2 yg aku rasa aku jarang berhubung…punya la tunggu last2 saupix call cakap tadak no kontek…aiyak…abah aku plak bagi no Butterworth…mak aiii lagi jauh…diana plak bagi no permatang damar laut…jauh bangat….aku jalan p kat keta depan yg pasang hazard light…uiikk tadak orang, ni mesti keta tersadai gak ni….haiyooo…so aku call balik no-no mekanikm yg diberi membe2 aku, mintak diorang carikan towing truck hape…malangnya time tu kebanyakkan bengkel dah tutup…. so…kebetulan adala hamba Allah aka my friend ni sudi mai fetch…so dibawanya aku ke bengkel berdekatan…pn dah nak tutup…so aku pn slow talk dgn mekanik dia…mintak dia call tow truck …so plan aku nak bermalam …kat umah sape?…aku call nakem…alamak tgh baik nya nak atur program skali terputus daaa….no plak aku kurang ingat , jenuh defrag otak aku…janji dgn tow truck nak ‘tarik’ keta aku…so dgn selambe tebal muka … aku ajak teman aku ni pn pulang kat keta aku yg tersadai ni…tunggu la kami kat bahu jalan tu…skali abang Abu ni sampai…cakap ready nak tarik… so okla…sampai je kat bengkel..bengkel pn dah tutup…aku mulala gelisah…janji memang nak letak keta kat ctu…aku plak tadak kontek kawan2…takkan nak suruh org tua aku ambik aku…ermmm jadi…citenya aku pn tebal muka terima cadangan balik umah makcik membe aku ni utk bermalam….keta rosak,henpon out-bateri kong, charger tak bawak…card holder ada kat umah…aiyakkk memang total misfortune…so…sblm balik…selesai letak keta…kami p makan kat QBM…plan nak tgk movie tadi berganjak ke 9.30mlm…tgk gak movie…tapi aku ajak dia je…sebab no org len aku tadak…jgn mare…so lepas makan+movie … balik nak bum…penat…aku sempat online…mintak adik aku carikan no2 yg penting bagi aku…utk persiapan sok…sebbaik adik aku online… so… alkisah keesokan harinya…ha…27 /11/08 …aku nekad takmo masuk keja…boleh ka?… hihihi so pagi2 lagi aku dah tercongok depan bengkel tu…sebab membe aku nak p keja…so dia drop by le aku kat depan bengkel… TQ Bokeh….nama glamer membe aku tu…Bokeh… so dari pkl 8/+ aku tgu le si Tauke tu bukak kedai…dalam 9.30am kedai pn bukak aku pn call office cakap aku ada problem keta sangkut…bos aku cakap hape?…masuk gak keja halfday, aiyak…nasib le …bos aku hantar despatch mai ambik aku…aku tanyak mekanik tu …” Tauke, apa rosak….” dia boleh cakap cam tak konpiden kat aku… “haiya ini keleta, kita kena kasi check sama dia punya fuel pump dan belting, kita saspek belting putus” …banyak torak dia (ingat aku taktau pasal enjin keta ke hape.) aku pn cakap “tauke, ini kereta..belting baru tukar…elok lagi…minyak enjin pn ada penuh,air dan tempreture pn ada ok…u kasi check sama itu coil takpn spark plug la plak” …dia pn cakap” ini keleta lama, manyiak problem…u call balik sama saya itu jam seblas” …so…aku pn masuk keja dgn…attire yg sama cam smlm…ada yg tegur?…konfem ada…sebbaik aku wangi sket sebab mandi (apa kaitan dgn tajuk?…ermm petang sket..hal tu terjadi…pagi aku mandi, cuma rambut je serabai…sebab tadak gel/mahupn minyak rambut)… so… disamping tu aku call si mikagami gak…nak tgk dia ada mana…skali balik kampung daa kat Alor Setar nun…(aku ni nak cari hal takmo masuk opis, tu yg aku cari kaki nak lepak tu)…skali aku call nakem…nakem cakap no hal…tu pn lepas aku konfem dgn si mekanik tu…dia cakap distributor rosak…korang tau? …aku tau…so aku cakap tukar baru la…distributor tu…part dalam enjin yg disburst kan letrik2 ke bahagian2 dalam keta korang…so keta aku, minyak naik tapi tadak burst utk start enjin…tu yg mati tu… nak buat timeline kejadian aku malas…tapi ada aku catit…so…towing smlm kena Rm60…pastu tukar distributor Rm300 haiyyoo gaji talak masuk lagi mah…so tepat jam doblas aku pn mintak despatch hantar ke bengkel…sampai je…harem…tak siap lagi…aku pn call nakem utk lunch…so …lunch la aku dan dia…disamping tu aku pn mula meracun si nakem utk angkat DSLR…mana tau kalau dia suka…nampak mamat ni macam suka je…skali lagi aku call mekanik ni…dia cakap pkl 2 boleh angkat itu kereta…so aku lunch dan solat zohor…aku tau si nakem ni nak tdo…yela keja shift malam…skali lepas dia hantar aku kat bengkel…aku pn menerai keta…separuh jalan je beb…Burbbbbb…keta aku mati…cancibai tul…argghhhh tensen tahap serigala jadian…uiikk …tak kisah le..cam nak makan2 je aku…aku pn tolak keta pegi tepi …aku pn mulale tanya “tauke ni apa hal mati plak, tadi u cakap ok ..”…” uiiikk, apa balang?..tadi wa sudah try ok mah…sekijap aaa” korang nak tau…kali ni lagi hampes merampess…aku tgk mekanik ni main potong2 wayar sesuka ati je…memula wayar yg dipotong…disconnect radio dan application cam lampu dalam keta…dahtu dia cakap cd player aku ’short’ kan distributor tu (short= lintar pintas le…jenuh aku nak faham…sebut la panjang2 short circuit) menunggu plak aku kat bengkel tu…dia cakap dia mau bawak keta aku p wayering…aiyak…aku dahla duit tadak ni,poket sudah kering… dia pn bawak keta aku…dia cakap tak jauh…aku tgk pn nak tergelak…sikit2 mati tgh jalan…aku mula mati akal…berpeluh dah aku (time ni baru ada kaitan dgn tajuk…ketiak dah masam…sebab tadak deodorent mahupn bedak…kaki konfem dah busuk…stokin pakai nak masuk 36 jam…smlm dari pagi sampai malam…hari ni dari pagi sampai petang…hati…konfem sakit…satu satu problem datang hinggap) aku tunggu punya tunggu…bengkel…korang expect apa..bau minyak hape suma le…nak call kawan2…duit syiling pn dah yillek…nakem pn konfem dah balik tdo…mikagami plak tanak susahkan dia dari jauh…aku tanyak mekanik  ni…ntah bila dia bleh siap…dia pn takto…haiyo manyiak lece loh…ndak tak ndak..aku call org tua aku…mintak ambikkan aku … last resort nih…hari keja beb…mana ada kawan yg available area2 tu… susahkan…so…skali aku mintak nak pakai tepon bengkel tu…yup my dad sudi mai ambik…mesti diorg riso aku tak balik umah…dah besar2 pn bagi riso mak pak lagi…apa punya bala daaaa…tup tap tup tap…abah aku call bengkel cakap dia dah ada atas jambatan tgh jem…ermm terlupa kes tutup sebelah lane tu … so aku pn lepak tgu abah aku…skali mekanik ni bawak balik keta …sambil tunjuk ‘best’ , thumbs up le cam lambang kacang ngan yin tu…aku cakap “apa pasal tauke” …”ini keleta ada short sama itu distributor skali lagi (bior btul apek ni…aku nak bawak balik jauh ni)” …”so apa macam?…”…”you kasi try la lagi skali…ada apa2 u cari sama saya la…tapi ini kena buat wiring balik la…” (konfem kena buat…ang potong ikut suka je tadi…aku pn naik hangin nih) sebbaik dia tak cas hape2…skali abah aku cakap dia dah nak sampai…dalam pkl 5 …sempat aku balik ke ofis siapkan keja sket…pastu aku tunggu abah aku kat E-Gate…nak eskot aku balik, in case jadi hape2…jadi hape2 tak?…jadi bai,  lampu aku smua hanco …terbakar…singkat cite…kitaorang sampai balik umah dalam pkl 6/+ dah nak maghrib…maksudnya aku pnya cite ni 24 jam punya hal la… baju yg aku pakai pn sama…haiyooo banyak bau lorrr…balik je abah aku sound…lampu break tak menyala…ha sudah….yg aku tak notice…balik2 try rupany2 dari lampu break , signal…smua dah out…cam cibet tul…jawapannya sok aku kena hantar g buat wiring plak…pendek cite…sok aku EL dan pada masa yg sama…aku hantar keta buat wiring kena lagi Rm190…skali bini pertama aku ni mengikis…botak kepala…bila difikirkan balik….benda2 ni slalu jadi kat aku bila waktu yg tertentu…time nak dapat gaji/bonus… pandai bajet tul —-panjang dah aku ngomel kali ni…tadak gambo sebab aku tadak mood nak snap…adala gambo aku snap sniri waktu bosan nunggu keta siap…tu je dan waktu menerai kamera dgn nakem…sekian Nov….slmt datang Disember… petang hari aku hantar keta wiring =hari Jumaat bersaam ayahanda Grey pulang ke rahmatullah…ucapan takziah utk Grey sekeluarga…aku sempat menghadiri pengkebumian ayahanda beliau- Al Fatihah