To Share the sour and sweet of my life and my frenzz around the corner
Di sini …. aku lahirkan kekecewaan dgn corak permainan bolasepak Malaysia ni … bukan sebab kalah sahaja…tapi…corak permainan yg diharapkan langsung tak ditonjolkan…permainan un responsive yg ditunjukkan oleh pemain senior seperti tak sebati dgn skuad muda…indera putra contohnya…macam hilang arah dgn banyak incomplete passes…dan less visionary…hafiz zamani misbah pn…banyak lack of order…certain masa ja… sebab Malaysia yg menguasai permainan dgn mudah … kurang bisa penyudahnya…formasi yg tertera pn macam hilang arah…peranan wingback yg agak tak menjadi pn menjadi satu masalah besar…bila diorg tak go deep utk feed bola kepada foward…safee sali seolah tak bijak mencuri peluang yg terhidang…. long shot yg terlalu banyak dan mudah … macam training ja…corner kick yg berbelas kali …seringkali tersasar ataupn terus ke tengah kotak D dan memudahkan goal keeper utk challenge…
Maafla…aku bukan Shebby Singh nak komen lebey2 cuma sekadar menjadi rakyat Malaysia yg nak cuba melayan bolasepak Malaysia macam aku tengok liga-liga lain dalam dunia main bola…tgk Malaysia senior main malam tu…membuatkan aku terasa ‘malu’ sedikit…dengan cara permainan Malaysia yg agak ‘kasar’ macam bermain ragbi…walhal cara memenangi bola bukan sekadar terjahan dan rempuhan membuta tuli…secara teknikal pn ada…walau aku bukan main bola semi/pro aku pernah main bola dan berlatih…ditambah pulak sikap acuh tak acuh pemain yg mungkin serba sedikit memandang rendah pada pihak lawan…ada gak nampak cam berlagak pn ada…sket2 pn nak tunjuk kepala..mentang-mentanglah berlawan di stadium sendiri…
Permainan yg ditunjukkan pada final Pestabola tempoh hari… membuatkan ramai penyokong Malaysia kecewa dan rasa hampa…permainan yg kurang berbisa ditambah pulak sikap pemain yang merasakan diri macam superstar di atas padang…(pada pendapat ikhlas aku…pemain senior Malaysia ni kurang bijak meletakkan emosi tu…klau lawan dgn kumpulan ‘lemah’ kita memandang rendah…klau lawan kumpulan ‘kuat’ …kita malu alah)…
Sakit hati bila tengok…pencapaian yg aku tengok…tak ke mana…biorla surat khabar repot yg bagus2…aku tetap tak puas ati …setiap kali melabur utk tiket…kepuasan yg dicari tak dapat…bayangkan sepanjang minit mendominasi skuad ‘kecik’ macam dibuli-buli…ibarat abang menolak2 kepala adik ja…akhirnya…tersungkur akibat leka…peluang selama 90+30 minit mendominasi perlawanan diabaikan … tryout yg merepek, kesalahan yg tak sepatutnya…permainan macam budak kecik…sepak bola is bola sepak … tadak tektikal yg berkesan…aku taktau samada teknikal yg tersungkur atau memang bebal sesetengah pemain Malaysia…bila yg tua tak membimbing… yg muda hilang arah…Encik B Sathianathan…buang je pemain yg tunjuk ‘Hero’ kekalkan pemain yg rendah diri dan mampu menyerlah…
~:|:. Peminat BolaSepak yang kecewa terus menerus .:|:~