Bangang punya blog…pedajal aku…maaf2 … sambungan posting di bawah ya—dipotong posting aku pe hal…

…ada ukuran…klau ikut mazhab syafie…1 marhalah 44.352 km…dalam satu perjalanan garis lurus dari poin A ke B…jgn dok sengal buat teori p keja dan balik tu kira skali…ni ronda2 penang island ka…dah kira 2 marhalah…pastu nak jama’ …ilmu jama’ solat plak kena ada…at least tau mana yg bleh qasar … mana yg tak…ni solat maghrib pn nak qasar ka…haiyyoo manyiak cilakak ini olang…memain banyak…tu link kat atas tu…bukak dan belajar camna kiraan.(kata kat diri sniri gak) … Lagi2… haa pasai nak cekau duit dah aku bising, pasai ilmu ada sket sentuh… pasal apa lagi ekk … kesihatan … ada majlis ilmu yg aku ikut dulu (lama dah) ada menerangkang….apabila seseorang pemuda yg sihat tubuh badannya dan tidak berkemampuan utk kahwin dan berkeinginan utk berkahwin…maka puasalah si polan itu…sesungguhnya berpuasa mengurangkan nafsu seseorang pemuda. (lebih kurang camtula isi kuliah tu)… jadi sahabat2 sekalian yg dok berayaq ja dahi tu bila tgk pompuan kulit licin ni…sabaq noo…jgn tergesa2… kawen ni bukan perkara tukaq baju atau cari kerja…2 jiwa dalam satu institusi ni nanti… jgn fasa pertama dipenuhi bunga-bunga cinta dan bibit2 madah asmara pujangga ja… I lap U, U lap me…eh…jgn lari topik…ok kesihatan..buat yg sihat walafiat tu…p kaji badan sniri…mana yg tak brapa nak elok tu…perelok sket… yg laki tu, dok berserongoih ja muka, rambut pun serabai ja…sikat lawa2 jaga sket diri…InsyaAllah kesihatan disusuli dgn rupa paras yg menarik…Allah suka akan kecantikan…Annazofatu minal Iman (kebersihan separuh dari Iman)… tidak beriman seorang pemuda yg tidak menjaga kebersihan dirinya… nak kawen..p check HIV ada ka tak…yg rasa2 ada tu…bawak bertaubat klau akibat ketelanjuran…klau salah doktor cucuk …bgtau pihak pengantin satu lagi… tgk camna…klau ini takdirnya…ada yg Allah aturkan tu…kepada yg gatai p cari dulu dan dah bertaubat…maafla aku tak dapek nak bantu…bak kata Pakcik Mustapa ritu…it’s too late bebeh…pandai sungguh Pakcik Stapa speaking. Apalagi…dah panjang ni yeop, udah2 le tu…ok2 takat ni karangan budak kurang diajarin ni…lenkali masuk topik pasal knuri kawen plak…haaa ni menarik … ada benda yg nak dihebah-heboh supaya kita cairkan sket kepala hotak yg asyik tepu dok fikir menda alah lain ni….

Tajuk yg agak memeningkan kepala…kenapa…apa cer?…macam ni lah … straight to the point… kepada yg masih tertanya2…bengong kan…sebab satu hal yg jelas, perkara tajuk di atas berkaitan pasal perkahwinan…knapa aku timbulkan isu ni di blog aku yg tak seberapa ni…ada yg tanya…cite Bali aku dah habis belum…jawapannya cik Yah oiiii …dah habis…nanti aku post gambo kesimpulan yg tersimpul tu…apa yg aku buat skrg?…ooo aku skrg tgk kawan2 tuai hasil dari benih perkahwinan…sape?…uishh ramai..dari kawan kampung, skolah rendah,menengah,universiti, kawan keja lama, kawan2 baru dan kawan2 serata pelusuk dunia…smua pakat2 jadi mama dan papa budak…tak kurang yg baru2 je dapat lesen “bertemu lubang kencing”…maaf kasar sket…tak sangka ada ayat tu dari orang veteran yg tegur aku…aku dah tua sangat ka???? sebab persoalannya skrg…macam aku jual mahal…bukan aku jual mahal…aku nak beli, smua orang jual mahal…so…aku ni poket kurang dalam…oklah banyak cengkadak intro aku ni…

Persoalan besar…nak kahwin… korang (termasuk aku le tu) dah ready ka?…yg pompuan tu dah sedia nak terima lelaki sebagai ketua keluarga…dan ikut “arahan” lelaki tu yg dikenali sebagai lelaki…ingat Syurga seorang isteri ada kat lelaki (nak sebut “kaki”, cam kuang ajo…so aku simplify camtu jela).

Persediaan perkahwinan ni merangkumi dari aspek ilmu, harta dan kemampuan (mampu apa ni Bang Mae oiii?…macam2 la kena mampu) … apa yg yg sedara sedari pikirkan bila nak kawen…so kita mula cerita bila nak kawen…kepada yg tak berduit…ada sampai sanggup berpinjam berhutang demi nak kawen… apa pendapat bang mae ni?… iskh taktau la cheq…aku kalau boleh tanak hutang, sebab utama…yala…beli keta hutang,beli rumah hutang, yg tak settle sampai sekarang, ngaji dulu pn hutang…bak kata org tua2…ni keja gali lubang tutup lubang, sampai bila pn lubang tak tertimbus, last2 diri seniri terkambus dek lubang yg digali….takutkan…buat yg rasa macam aku nak lari topik…ni masalah reta=harta…nak kawen bukan main calit hinguih…kena pakai duit cheq… terfikirkah kita lepas kawen nak pakai duit lagi banyak…org kata dah kawen nanti…dapat anak rezeki mencurah…smoga kebenaran la pendapat ni…berbalik kepada nak kawen…ada bagi pendapat cek mek molek Kedah…hantaran sure tinggi…Kelantan sure rendah, ni sapa punya perkiraan ni, mahal murah ikut kawasan ka?dah kira rega hantaran plak,tu tak masuk mas kawen dan reta merdak nak sunting lagi tu…klau yg dah kenai lama, pernah tgk tak dulu brapa korang dah invest kat wanita pojaan korang tu (buat lelaki2 yg kekadang nak bawak kluar awek sampai pinjam duit kat memba pastu lupa nak bayar dan buat reta sendiri…insaflah) . Klau masuk belanja tu, aku rasa dah lepas hantaran dan mas kawen apa…contoh cam aku ni…belanja awek kunun dulu…klau orang suruh bercinta lagi skali …uisshh tobat dah takmau klau tak tentu masa depan…kepada adik2 yg dok ngaji kat U tu… mengaji bagi habis dan clear dulu…jgn bercinta tak tentu pasal, laki ka pompuan sama saja…boleh harap ka pasangan korang tu nak bawak ke ranjang (eh silap) …silap silap…jinjang pelamin..kepada yg kawen trus ….atau bercinta pendek2…syabas la…at least korang tak korban banyak benda… yg bertunang 2 3 minggu pastu kawen dan yg kawen trus ka…lagi syabas…niat Lillah hita’ala, Insya Allah dipermudahkan…dari kami yg bergelumang dosa bertahun2 ni… ngaku ni, apa taknya…bermadu kasih …ibarat berkasih biar satu membelah seribu ombak beribu batu…dinyah ombak menepis badai…smua kira hebat la… u n i for eva…awat? ingat Titanic punya cerita ka…you jump i jump mana ada, jadi u jump, i cari lain la… duit yg ada korang simpan…dah habis ngaji korang bayar hutang guna duit tu…takpn tolong orang tua kat kampung yg dok jenuh dok doa smoga korang lepas dgn “flying colours” cam omputeh cakap…ni korang ada duit, joli sakan …belanja awek masuk secret recipe…makan kek satu slice Rm7 dan kopi secawan beringgit2…haiyyoo..baik simpan buat beli hadiah birthday mak ayah lagi bagus,… Iskh, awat marah sangat ni Bang Mae?… bukan marah…nasihat… duit tu klau mak ayah bagi…guna utk ngaji…klau nak merendek… p cari duit sniri jgn guna duit yg nak ngaji tu buat benda tak tentu hala, tak berkat. Cam aku ni…ngaji bertahun…berkat tu tak rasa…dah tua camni baru nak sedar (sesi bantai diri sendiri)…so faham kot noo….nak kawen…duit tu penting…mau pengantin pompuan letak Rm 32 mas kawen…cam best ja…skali hantaran Rm9,999 tak masuk reta merdak berdulang tu…haa cam na korang nak jawab, kuli pencacai cam aku ni, jenuh terjelepuk…nak korek mana duit banyak tu… silap2 lepas kawen …mau dok pederaih megi pagi petang siang malam…

Lagi apa perlu sedia???….sudah la cerita pasai duit dan kederat nak mencari duit, ilmu?…haa ni penting gak…jgn dok p baca pasai jimak ja…asal nak kawen tu la dok p cari ilmu, nak perbetul perkuat smua dok ada, perkuat yg dalam hati tu dulu…ikut rasa binasa,ikut hati mati, ikut nafsu lesu…jadi…ikat diri dgn iman, Insyallah…Al Iman assasun Najah= Iman Asas Kejayaan… (cam motto skolah aku dulu plak) …bercerita pasal ilmu, jgn dok kelam kabut dok cari kursus kawen yg murah2 ja…cari yg bagi ilmu yg adequate, bukan adik kuat tau … adequate tu mencukupi dan mencakupi segala aspek kehidupan bakal pengantin…ilmu yg terdiri dari peranan sesama pasangan, kehormatan yg perlu ada … dan ilmu kesihatan…kepada yg wanita tu…jgnla sampai kitaran haid korang pn korang tak tau, sebab ilmu ni kena kongsi dgn suami korang, kena ambik berat hal2 kecik korang tu (jgn ambik ringan atau pandang remeh…) senang, bila nak bagi lampu merah ka hijau…ilmu fardhu ain dan kifayah pn kena la tau sket sebanyak…rukun nikah korang tu…lelaki plak …kena tau lagi banyak le kan..nak jadi imam dan saiyyidul/rais usrah (ketua keluarga) … nak solat 5 waktu…kena kejap dah tu, takleh main suka ja bila nak jaga… bila tak, assolatu imadduddin (solat tiang ad-din (ad-din ni bukan sekadar agama-kehidupan seharian la)) (aku ni pn kena perbetul diri start skrg nih) …

Apa lagi yg Bang Mae nak meratuih ni?… saja…bila difikirkan…berapa ramai dari kita (termasuk aku) ambik berat waktu solat dan betul2 haiyya a’la solah bila masuk waktu…no delay2…(iskh kena batang hidung aku la plak) ni ada yg buat mazhab sniri…p keja balik keja lebih 2 marhalah

Apa ekkk persoalannya?…ya …lawatan balas…pernah kita tgk kawan2 kita yg dah berkahwin terus menyepi?…agaknya mesti ramai yg sedar kan…maybe sebab komitmen dan kehidupan yg berbeza menyekat kebebasan mereka.

PERSOALAN : ADAKAH KAWAN2 AKAN MENGUNJUNGI KENURI KAWEN AKU KELAK SEPERTIMANA BERSUNGGUHNYA AKU MENGHADIRI KENURI2 DIORANG … gawat persoalan ni…aku ada tgk kawan aku ni…kesian pn ada…dia antara manusia yg paling komited ke kenuri kawan2…sampai dia kawen pn dia masih, ngak kabur aja…dulu waktu aku menghadiri kenuri nya…sedih gakle…kunjungan balas kawan2 macam kureng je…kad diedar sendiri by hand … tapi masih kurang kunjungan…baru2 ni aku ada ke knuri seorang lagi sahabat….dan dia yg aku maksudkan tadi juga hadir… ada perkataan terucap dari mulutnya yg agak menyengat telinga aku …”Iskh…nape ekk knuri aku dulu tak ramai cmni kengkawan…dahla dulu aku kemain baik dgn diorang dan aku bagi kad by hand pn diorang tak datang…diorg sanggup pegi kenuri org lain yg jauh…” ayaksss…. baru aku pn terpikir…aku yg rush ke hulu ke hilir hadir knuri kawan2 kawen ….(yg tak sampai tu … maaf…mungkin banyak sebab yg menghalang, klau korang kenal aku,mesti aku cuba sedaya mungkin ke kenuri korang..) yala…aku ke melaka nak makan knuri…agak2 korang bleh trn penang tak utk knuri aku…aku ke perlis hadiri knuri korang agaknya korang sanggup tak hadiri majlis aku…yg in between Melaka dan Perlis lagila…yg aku tak sampai knuri korang tu…maaf dipinta…klau korang nak ‘balas dendam’ tanak datang pn aku tadak hak…tapi orang yg aku hadiri knuri korang ‘beware’ jgn plak tak berusaha utk datang…usaha disertakan dgn InsyaAllah (dgn izin Allah) kena berusaha utk hadir…jgn skali2 melafaz InsyaAllah nak buat klau di hati konfem tanak buat sesuatu benda…walimatul urus supposed to be fulfill … klau dijemput….aku pernah p beberapa kenuri thru jemputan rambang…kat community atau jemputan sms …buat yg tak jemput aku directly tu dan aku hadir dgn susah payah…kenang2kanlah usaha kami ni…(cam desprate plak bunyi kan?…) muka pengantin pn bleh jadi kelat klau kawan diorg tak datang di hari berbahagia diorang…mungkin seorang dah cukup, tapi klau ramai lagi meriah… buat yg dok tanya bila aku nak kawen…nanti aku jemput jgn coba dolak dalih…yg paksa aku pegi knuri tu…aku pn nak paksa korang buat kunjung balas… fuhhh lega lepas luahan ni…

sblm wrap up….agak2 korang …knuri elok buat di mana?…dewan/ hotel/ rumah? jawab le pembaca sekalian …tolong aku buat perancangan masa depan …. tak kawen lagi aku masa2 terdekat ni …tapi klau nak berkongsi aku pn nak tau… sekian…banyak lagi persoalan sebenarnya

Ermm kawen … sunnah tu untuk umat Islam dan digalakkan bagi setiap agama di dalam dunia ni … kenapa? … yala, meramaikan umat … tu yg laki dibolehkan berpoligami dgn berkuota kan empat wanita dgn syarat adil kepada setiap isteri-isterinya dan berkemampuan … tapi tu bukan tajuk yg aku nak gebang2 kan… persoalan yg nak dirungkai ni ada kaitan dgn aku dan mungkin bujang2 di luar sana yg masih bujang atau yg dah nak menikah … Apa dia tu? …

Kalau bujang-bujangs di sana (sapa2 saja la) yg nak kawen … perkara ni memula harus nak diberitahu kepada siapa? yela klau nak kawen tu … contoh penceritaan ialah … bila nak kawen org pertama mestilah si calon kan? … ataupn mak kita sendiri? so? … mana dulu .. mak sendiri atau si ‘dia’ yg nak kita sunting tu? persoalan mula tu… dan pada masa yg sama … siapa yg kita tanak bagitahu… ada ka? …misal kata korang ada awek dulu zaman keja/ngaji dan masih berkawan … korang nak bagitau dia tak yg korang akan berkawen? … kenapa tajuk ni boleh aku bangkitkan? … aku ada satu cerita ni yg mungkin sama dengan kisah sesiapa saja yg baca blog aku ni … tapi aku tanak pin point le kisah ni dari siapa untuk siapa sebab ‘kawan’ aku ni punya cite dah selesai dan dia dah berkahwin…. begini ceritanya >>> V

Kawan aku ni zaman skolah dulu dia memang masyuk bercinta sampai zaman U pn masih couple yg sama…kluarga si awek dan balak ni dah ngam gile … kira klau ke rumah si awek makan nasik tengahari tu pn dah tadak masalah, dah jadi tetamu pn…camnila aku namakan si awek tu H dan si balak tu M ok? … Initials ni tadak kena mengena dgn nama ‘kawan’ aku ni dan kawan aku ni si M tu… ada kisah yg sama tapi kawan aku si wanita… ni kisah si lelaki yg aku bagi nama M …bukan nama sebenar … ok sambung cerita … baik punya baik …kira bertahun la dan dah kenal hati budi …janji utk disatukan pn termeterai … bila mana kluarga si wanita tak menolak tawaran si M…tapi … bila persoalan utk pertunangan melalui telefon … parents si M terkaget bilamana kluarga si H tak bagi kata putus dan suruh si M sendiri bertanyakan hal ini kepada H… “tiada jodoh” … alasan yg si H bagi … di atas sebab “istikharah” katanya … (kisah ni ada kaitan gak dgn beberapa org yg aku kenal … jadi jgn dok perasan ni kisah dia…sebab aku ada skip sket part2 yg tak sepatut cerita dan agak merbahaya klau diungkapkan) so sekian kisah mereka berdua … yela dah si H tanak kawen dgn M dan si M tu … kesian kat dia kan? … keadaan tu berterusan sampai ‘break’ sebab…si H dah nak berkahwin…pilihan siapa? … haa yg itu kita tak tahu. skip la beberapa tahun kemudian … oleh kerana gentleman nya si M ni … diorg berkawan lagi … as a friend katanya …ntah la macam mana status tu… sebab maleh nak korek … bila saja beberapa bulan sblm ni si M call dan sembang dgn aku … dia tanya ” Fiq, ko rase kan … aku nak kena kasik tau sape ekk aku nak kawen ni? … aku ada jumpa si S ni, dan aku rasa dah tiba masanye aku nak tamatkan zaman bujang nih…”

(mode perbualan)

Aku: eh, ko jumpa minah tu katne? …

M: mak sedara aku yg kenal kan…sama opis katanya..dulu

Aku: oooo, ko dah jumpa tak si S tu?

M: dah dah … aku rasa dah sampai seru kot aku ni, dan aku ada sembang dgn si S, dia pn tadak masalah dan sudi…

Aku: (dgn pendapat yg selamba) bgtau je mak kau yg korang dah sedia nak nikah (maklumla…kawan aku ni duitnya ada cuma calon nya dah kawen dgn orang len)

M: tapikan bro…perlu tak aku bagitau H dan ajak dia ke knuri aku nanti?

Ok…kat sini plak aku nak ceritakan perihal si H dan parents si M ni … Alkisahnya…selepas kes tak jadi bertunang tu (tak jadi ok, bukan putus tunang tau) hubungan cam besa la…parents yg asalnya dah beria sgt selepas tau anak teruna tu nak kawen…excited gile, perancangan dah siap diwacanakan, adik beradik pn dah di assemble kan utk masuk merisik skaligus tunang … dahtu tak jadi…konfem malu si parent M ni dek adik beradik yg terlibat…kecik ati dan sakit ati melanda bila si M mintak si H sndiri telefon mintak maaf dan bagi reason…sebab terpaksa … tapi …H tiada susulan … jadi parent si M agaknya rasa macam gantung tak bertali..terus menerus menjadikan si M sasaran … dan si M pn yg sudah melayari perhubungan bertahun2 dgn si H merasakan rugi klau ia ditamatkan terus…lalu merasakan perhubungan ni hanya diteruskan sebagai seorang sahabat … even knuri si H … si M hadir ke knuri selaku ‘mentara’ sebab si M memang dah baik sgt dgn kluarga si H…kluarga si H masih menerima kehadiran si M sebagai sahabat keluarga … meskipn parent si M dah kecik ati dan ‘dingin’ dek cerita si H dgn anak diorang … so … berbalik kepada dialog :-

Aku: alamak…camne nak jawab ekk…aku pn tak tau la …

M: aku serba salah ni…sebab mak aku tak tahu yg aku masih baik dgn si H dan pada masa yg sama mak aku macam dah ada ‘benci’ kat si H yg membuatkan dia rasa malu dan aku pn ter effect gak … ko kan tahu sakit aku kan bro… ( si M ada penyakit depressi dan seringkali klau jiwa tak tenteram, dia kena telan pil yg dipreskripsi kan oleh doktor dan dia terpaksa masuk kelas utk ketahanan jiwa)

Aku: susah la bai…aku pn ada masalah yg aku tak tau nak selesaikan … ko ada try tanya org len tak?

M: Bro … aku tak mention kat sesapa pn lagi hal ni … masalah aku… aku takut mak aku cakap kali ni pilihan tak kena lagi…mampus aku kena hamput lagi… aku tanak mak aku terluka dah…tu yg aku relaks je bertahun ni …

Aku: bro…c’mon tu kan auntie ko yg kenalkan…dan mak ko pn dah tau bila auntie ko cerita…pada masa yg sama ko dah tua beb … bila lagi…dahle, jgn pk banyak … mak ko pn dah makin tua dan tak bercucu lagi…so apalagi.. peluang bukan slalu…nak harapkan ko cari ganti … jgn harap le…trust me…i’m there

(cite ni tadak kaitan aku melayan lagu Irwansyah - Ku tunggu jandamu tau, ahaks …aku pn akan berkahwin … tunggu je la aku mengecewakan peminat2 aku …ahahahaha … apadaaa…ingat aku ni Mawi atau Anuar Zain ka … ntah sape la minat kat aku…perasan, podacait)

So…aku gantungkan perbualan tu kat ctu , dan si M dah kawen … dan si H tak dijemput … maybe nak jaga hati parent dia sniri (M) …ntah le dia kaborkan kat si H atau tak…aku d ctu dan si H takdak kelibat, walhal kawan si H ramai hadir … yg aku tau memang si H tak dijemput…bukan sebab dia tak hadir … dan dgr kata si H dah pn memperolehi anak … pompuan katanya … aku?…aku kawan dgn si H … tapi aku jenis tak amik pot sgt kisah diorg ni…yela…kisah aku pn tak sempurna dah nak kaco cite orang …sori mori le … jadi persoalan dan kesimpulan yg aku nak dari pembaca2 blog ni … tolong aku dan bagile sedikit nasihat yg aku dapat buat panduan kelak …bila aku nak kawen…

Kalau aku nak kawen …sape yg perlu tau dulu?

1) si DIA yg nak disunting

2) kluarga si DIA (dgn erti kata merisik le)

3) mak aku…atau kaum kerabat yg lain ..

4) abah aku…

5) kawan2 aku…

6) Ex- aku???? kena bagitau tak?

Lepastu,

ada tak pendapat utk diberi…should or should not kita menjemput ex kita ke knuri kita…tak kisah le klau si ex tu apa statusnya …dah beranak bini/laki atau masih single dan mencari … dan apa jua kisah tragisnya…pengakhiran break sebab tak sehaluan atau hanya persoalan tanpa punca… tapi masih berkawan … ex dan kita …masih berkawan…camna nak jawab persoalan ni … klau kes yg sama berlaku…jika ibu bapa kita dah agak ‘dingin’ dgn ex kita….dan jikalau persoalan ni tadak kaitan dgn parents plak camna …

Tolong bagi panduan smoga dapatla aku ni mengambil panduan… utk para senior (yg dah kawen) bleh bagi pendapat dan yg se level (bujang dgn apa jua status berpunya atau belum) boleh juga berkongsi idea … tapi jangan yg hantar resume (pinangan kat aku) dahla … sebab bukan masa yg seswai skrg ni utk aku, maybe akan datang…bila? … ia akan di inform… so tolong saya ? dan bleh dijadikan bahan kongsi utk smua pembaca sekalian …

~ Fin ~ btw , Mawi dah nak kawen …aku tak lagi tau …jgn ada dok buat cite aku ni duda …